Posts

Showing posts from December, 2016

Singgang Daging

Image
Bahan bahan Bawang merah (2 biji) Bawang besar (1 biji) Cili padi (4-5 tangkai) Halia (2 inch) Lengkuas (2 inch) Bawang putih (2 ulas) Daging (3-4 ketul potong nipis) Asam keping (2-3 keping) Cara cara Masukkan semua bahan di atas. Masukkan juga daging. Tambah air 2 cawan. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula sikit. Siaplah beb. Ok byeee.

Ayam masak Sos

Image
Bahan bahan Ayam (4 ketul) Bawang putih (5 ulas) Bawang besar (2 biji) Cili merah (1 batang) Cili padi (3-4 tangkai) Sos tiram (2 sudu besar) Sos lada hitam (2 sudu besar) Kicap (2 sudu besar) Cara cara Tumis bawang putih dan bawang besar. Dah naik bau tu kau masukkan cili merah dan cili padi. Masukkan semua sos. Biarkan masak sekejap. Masukkan ayam yang dah digoreng kunyit. Gaul gaul bagi sebati. Perasakan dengan garam kalau perlu Siap weh. Oh jangan lupa goreng telur mata kerbau. Makan dengan nasi panas panas. Sedap sangat oh. Ok bye.

Daging Pakapau

Hahah bunyi pakapau ni kalau orang yang tak tahu memang pelik la bunyi dia. Ni masakan thailand. Simple beb. Makan dengan telur mata kerbau. Umph! Bahan bahan Daging (2-3 ketul) cincang kecil Bawang putih (2 ulas) Bawang besar (2 biji) Cili hijau (1 batang) Kacang panjang (1 batang) Cili padi (3-4 tangkai) Kicap (2 sudu besar) Sos lada hitam (1-2 sudu besar) Cara cara Tumis bawang putih dan bawang besar. Dah naik bau tu kau masukkan cili hijau dan cili padi. Then masukkan daging yang dicincang tadi. Masukkan pulak kacang panjang yang dipotong kecil. Masukkan sos. Biarkan masak sekejap. Perasakan dengan garam. Siap weh. Oh jangan lupa goreng telur mata kerbau. Makan dengan nasi panas panas. Sedap sangat oh. Ok bye. Nota kakikuda : boleh pakai ayam jugak untuk resepi pakapau ni.

Mempelam jeruk asam boi pedas

Bahan bahan Mempelam telur (6-7 biji) Gula (3 sudu) Asam boi (4 biji) Cili padi (4-5 tangkai) Cara cara Hiris mempelam nipis nipis Masukkan dalam bekaa berisi gula, asam boi dan cili padi. Kocak kocak. Biarkan semalaman. Siap. Bye. Nota kakikuda : Kau buat la dalam bekas bertutup ye. Senang nak simpan dalam peti ais.

Keledek goreng

Bahan bahan Keledek (2-3 jenis) aku ada keledek color purple, putih and kuning Minyak masak Garam Cara cara Hiris keledek nipis nipis. Tabur sikit garam. Gorengkan rangup. Siap.

Ayam bakar

Bahan bahan Ayam (setengah ekor) Halia (2 inch) Bawang putih (5 ulas) Bawang merah (4 ulas) Kicap (3 sudu besar) Sos tiram (2 sudu besar) Gula melaka (2 sudu besar) Cara cara Peram ayam dalam semua bahan di atas selama beberapa minit. Semalaman pun boleh. Tapi aku time tu baru nak sedia bahan then waktu lunch nak dekat, so aku pendekkan masa perapan aku. Bakar atas pan sehingga masak. Siap. Bye.

Lala Rebus Serai

Image
Yang ini ratah cicah dengan air asam or sambal belacan pun dah cukup sedap. Bahan bahan Serai (2 batang) Halia (sebesar ibu jari) Bawang putih (2 ulas) Cili padi (4-5 tangkai) Lala (1 kilo) Cara cara Ketuk halia, serai dan bawang putih. Cili pun kau ketuk jelah senang. Masukkan semua dalam air yang dah bubuh lala. Bubuh la air secukupnya sampai tenggelam lala. Tambah garam dalam 3 sudu ke kan. Masak sampai lala terbuka mempamirkan diri dia di sebalik hijab cengkerang. Siap. Ok bye.

Spegatti Carbonara

Image
Hari ni malas sungguh aku nak masak. Nasi pun tak terasa nak makan. So aku baru teringat sos carbonara prego aku beli dah nak sebulan tak masak pun lagi. So hari ni jadilah kau carbonara. Bahan bahan Bawang merah (2 ulas) Bawang putih (8 ulas) Bawang besar (1 biji) Hotdog (2 ketul) Ayam (3-4 ketul) part ayam ni aku bubuh ayam seketul gitu. Sebab takde part isi sahaja. Pun boleh lah Sos prego (1 tin) Carrot (1 batang) Spegatti (ikut berapa org makan) Cara cara Part spegatti- Didihkan air. Masukkan garam dan minyak sikit. Tujuannya taknak spegatti melekat dan garam tu untuk bagi spegatti kau yang tawar tu ada rasa sikit. Bila air mendidih masukkan spegatti. Biar 10-15 minit sampai lembut. Part kuah carbonara- Hiris bawang semua tu kecil kecil. Potong hotdog kecil kecil jugak. Masukkan sikit minyak dan masak ayam serta hotdog dulu. Tutup periuk bagi ayam cepat masak. Then masukkan hirisan bawang semua tu. Masak sampai naik bau. Then tambah secawan air. Masukkan carrot. Th