Posts

Showing posts from 2020

Gulai udang utara

Image
 Assalamualaikum. Hujan dari pagi, pukul 1pm baru berhenti. Sejuk je cuaca hari ni. Kalau ikutkan bila cuaca macam ini, kita akan rasa nak makan je. Atau nak tidur je kan. Pagi tadi aku plan nak masak tomyam campur tapi hujan pula, malas nak keluar ambil serai dan daun limau purut. Makanya, terjadi lah menu hari ini. Sepantas 15 minit sahaja guys. Jom tengok cara masakan. Bahan bahan Udang (20 ekor size sederhana) Bawang merah (5 biji) Bawang putih (3 ulas) Halia (2 inch) Rempah kari daging (2 sudu) Rempah kari ikan (2 sudu) Santan kotak (1/2 kotak) Asam keping (1 keping) Tomato (1 biji belah 4) Cili hijau (1 batang) Cara cara Blend halia, bawang putih dan bawang merah.  Bancuh rempah kari daging dan ikan dengan 1 cawan air. Gaul sebati. Ketepikan dulu. Tumis bahan blend sehingga naik bau. Masukkan rempah yang dibancuh dengan air tadi. Masak sehingga pecah minyak.  Masukkan asam keping.  Masukkan santan dan air 1 cawan. Kalau rasa nak cair, tambah 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih.  Mas

Ayam shitake chinese style

Image
Assalamualaikum. Hari ini rasa serba malas. Bila datang mood malas aku, memang aku rasa nak duduk je (tapi duduk dalam mimpi lah). Pagi tadi aku siapkan bekal untuk husband, then buat roti telur untuk anak-anak.  Aku panaskan singgang ikan husband aku masak semalam untuk lunch. So aku plan, lunch aku dan anak makan lauk itu.  Tapi anak kedua aku, Sufyan sebut nak makan nasi dengan ayam. Maka terjadilah menu chinese style ni hari ini.  Kekenyangan dah Sufyan makan nasi 2 senduk penuh. Jom tengok cara masakan.  Bahan bahan Ayam (potong kecil) Cendawan shitake (10 biji) Bawang putih (6 ulas) Halia (2 inch) Daun sup (3 batang) Sos tiram (2 sudu besar) Kicap manis (2-3 sudu besar) Serbuk blackpepper (1 sudu kecil) Minyak masak (2 sudu besar) Tomato cherry (4 biji) Cili kering (1 batang) Cara cara Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan.  Belah 4 cendawan shitake dan belah 2 tomato cherry. Hiris nipis halia, bawang putih, daun sup, cili kering Tumis halia, bawang putih, cili kering se

Salad kentang simple

Image
Assalamualaikum.  Hari ini dah hari ke- 115 aku buat intermittent fasting. Total weight loss 15kg. Sekarang fasa maintainkan berat je. So aku  masih perlu jaga makan dan kurangkan pengambilan makanan manis. Cheat day memang ada. Kadang ke laut tapi kembali semula ke daratan. Jangan cheat day lama-lama nanti kau craving semula nak makan banyak.  So beberapa hari lepas aku buat salad untuk makan malam. Share dengan husband aku. Total weight loss husband aku setakat ni 5kg. Jauh lagi perjalanan dia, but dont worry..i will support you gituu.  Jom tengok bahan and cara buat salad kentang ni. Bahan bahan Kentang (3 biji) Tomato ceri (4 biji) Daun salad hijau campur ungu (5-6 helai) Ayamas chicken meatloft (2 keping) Isi ayam panggang (1 ketul sebesar penumbuk) Thousand island (2 sudu besar) Mayonis (1 sudu besar) Blackpepper (1 sudu kecil) Cara cara Rebus kentang sehingga lembut. Toskan dan buang kulit. Potong dadu ikut size nak makan sekali suap dalam mulut tu.  Masak chicken meatloft seben

Sambal telur pecah

Image
 Assalamualaikum. Dah berapa hari aku tak update blog? Konon busy. Nak update blog kena bertenang dan tanpa gangguan. Beberapa hari ni semua melekat je dengan aku, lagi-lagi si bongsu tu.  Hari ini baru ada masa. Taip laju-laju sementara dia nap. Memasak pun laju. Tapi guys, walaupun kau memasak laju tapi masakan tu haruslah sedap. Tak sedap nanti, nak makan tak bertambah pula hahaha. Mana diet kau ni baya.  So hari ni aku masak nasi lemak. Makan dengan sambal telur pecah ni. Jom tengok bahan bahan and cara masakannya. Bahan bahan *Cili kering (10 batang) *Bawang besar (1 biji) *Bawang putih (3 ulas) Asam keping (1 keping) Telur (2 biji) Cara-cara Rebus cili kering. Gunting cili kering tu. Buang biji. Toskan.  Blend semua bahan bertanda * Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga pecah minyak.  Masukkan asam keping dan air setengah cawan. Biar seketika. Perasakan sambal dengan garam+aji+gula jika perlu. Pecahkan dua biji telur ke dalam sambal. Biarkan masak. Jangan kacau-kacau san

Daging salai goreng kunyit

Image
Assalamualaikum. Jam menunjukkan pukul 10.30am. Aku dah siap memasak untuk lunch and dinner. Anak-anak pun dah sarapan. So lepas ni mandikan anak-anak dan its me time kahkah. Aku ada masa untuk update blog pagi ni. Biasalah memang ini rutin harian seorang surirumah.  Hari ni aku masak simple je. And kering-kering je menunya. Makan dengan kicap. Padu.  Jom tengok bahan-bahan dan cara masakan. Bahan-bahan Daging salai (1 peket) Kentang (2 biji) Bawang putih (4-5 ulas) Bawang holland (1/2 biji size sederhana) Halia (1 inch) Cili merah (1 batang) Sos tiram (1 sudu) Garam dan kunyit Tomato (1 biji) Cara-cara Goreng dahulu kentang dan daging salai yang digaul dengan garam dan kunyit. Toskan. Ketepikan.  Guna minyak yang sama untuk menggoreng tadi (guna sikit sahaja dalam 2 sudu makan). Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan daging dan kentang yang digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan sos tiram dan tomato. Gaul sebati.  Masukkan 1/4 cawan air. Biarkan

Thai Basil Chicken

Image
 Assalamualaikum. Wah hebat betul nama menu kali ni. Bunyi dah hebat, apatah lagi rasa dia. Melayunya, Pad Kra Pow ayam. Senang sangat nak masak ni. Makan dengan telur mata kerbau and cili kicap, allahu kau tengah diet pun terus berpura-pura tak tahu diet tu apa ye. Sedap guys, kena try. Aku masak ni untuk anak-anak sekali so tak pedas lah. Kalau nak pedas letak cili padi sekali masa memasak tu lagi kau tak tengok kiri kanan time makan. Jom tengok cara masaknya. Bahan-bahan Isi ayam ( sebesar tapak tangan) Daun basil (secukupnya) Tomato ( 1 biji) Cili merah (1 biji) Carrot (1/2 biji) Bawang putih (5 ulas) Bawang besar (1 biji size sederhana) Sos tiram (2 sudu besar) Sos blackpepper (2 sudu besar) Kicap manis (2 sudu besar) Cara-cara Kisar isi ayam dalam chopper. Boleh je nak hiris kecil-kecil tapi aku nak cepat so masuk chopper je.  Hiris kecil carrot, potong 4 tomato, hiris nipis bawang putih dan bawang merah. Ketepikan carrot dan tomato dulu. Tumis semua bawang sehingga naik bau.  Ma

Apam Nasi gebu gebas

Image
 Assalamualaikum guys. Hari tu aku beli pengukus. Periuk atas dapur tu je. Mudah and praktikal kegunaannya. Tak perlu nak tekan button apa-apa, buka api dapur je, didih air dalam pengukus, hah kukus lah apa kau nak kukus. Birthday Harith awal bulan 11 hari tu aku buatkan dia apam nasi as a birthday cake lah. Konon kelainan. Mudah juga buat apam rupanya. Selama ni aku ingat renyah lah sangat.  Jom tengok bahan-bahan dan cara buat apam nasi! Bahan-bahan Nasi (2 cawan) Tepung beras (2 cawan) Tepung gandum (1 1/2 cawan) Gula (3/4 cawan) Daun pandan (4 helai) -blend ambil airnya 2 cawan Pewarna merah Yis mauripan (1 sudu) Minyak masak  Cara-cara Blend daun pandan dengan 2 1/2 cawan air. Guna air daun pandan tu dan blend nasi. Ketepikan dahulu. Ayak tepung gandum dan tepung beras dalam mangkuk. Masukkan yis sekali.  Tuang nasi yang dah di blend tadi ke dalam mangkuk berisi tepung itu. Gaul sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bekas. Titis warna merah ke dalam bekas pertama. Ikutlah nak berapa b

Bihun goreng ala kadar

Image
 Assalamualaikum. Terasa lama benar aku tak menulis blog resepi aku ni. Bukan aku taknak tulis tapi ada hari aku tak memasak pun. Ada hari aku memasak benda yang sama je dan dah ada tertulis dalam blog dah pun. Jadinya, begitulah ceritanya. Hari ni anak aku si sufyan minta aku masakkan bihun goreng. Aku belek dapur tu, segala bawang merah/besar/putih habis. Cili merah pun tak ada. Ada kobis bunga dan ikan bilis. Sos semua ada. Ada sosej, carrot. Ha jalan jelah. Jom tengok resepi dia. Bahan bahan Bihun 1 bungkus Ikan bilis segenggam Kobis bunga sebesar penumbuk Sosej 2 batang Carrot 1/2 batang Minyak masak 1 senduk Sos cili 3 sudu besar Kicap manis 4 sudu besar Sos tiram 2 sudu besar Kiub ayam 1 kiub Telur 1 biji Cara cara  Rendam bihun dalam bekas berisi air panas. Ketepikan. Panaskan minyak masak dalam kuali Blend lumat ikan bilis dan kobis bunga. Tumis hingga agak garing.  Masukkan sosej dan carrot yang dipotong kecil. Biarkan masak seketika. Masukkan segala sos dan kiub ayam. Gaul s

Sup kaki lembu

Image
Salam semua. Sihat ke? Dah beberapa hari aku lalui Intermittent Fasting. Aku buat 16 jam puasa, kadang-kadang 20 jam. Masih a long way to go kata orang. So hari ni aku masak sup kaki lembu untuk husband. Aku makan apa? Makan tu jugak lah hahahah. Tak ada 'eat clean' pun. Cuma aku makan nasi sekali sehari je dan diet kira calorie. Jom tengok cara aku masak.  Bahan bahan Kaki lembu 2 ketul Pes sup siam adabi Bawang merah 2 biji Bawang putih 3 ulas Halia 2 inch Daun sup 1 tangkai Carrot 1/2 batang Cara cara Rebus kaki lembu sampai lembut. Aku guna pressure cooker, 30 minit je. Tumis bawang merah, putih dan halia sampai layu.  Masukkan pes sup siam dan tumis sampai pecah minyak.  Masukkan air 2-3 cawan dan kaki lembu.  Rebus seketika. Masukkan carrot. Biar 2-3 minit.  Masukkan daun sup. Perasakan dengan garam dan aji jika perlu.  Siap.

Roti Sardin celup telur

Image
Salam semua.  Aku nak share menu breakfast yang cepat dan pantas ni. Mudah je.  Bahan bahan Roti gardenia Sardin tin brand ayamas Mayonis Serbuk blackpepper Telur Cara cara Campurkan sardin dengan mayonis. Lenyekkan ikan sardin dan kacau sebati bersama mayonis. Letakkan sesudu di atas roti dan lipat dua. Celup roti dalam telur. Goreng dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Ulang sampai siap.

Lala masak halia pedas

Image
Salam semua. Dah lama tak menulis. Lately ni tak sempat pun nak menulis. Banyak kerja lain kena settlekan. So bila dah ada masa ni jom lah aku share menu baru yang simple ini. Aku suka lala, rebus sahaja pun dah sedap. Jom tengok cara aku masak kali ni. Bahan bahan Lala 1/2 kilo Halia 4 inch Serai 2-3 batang *Cili merah 2 biji *Cili padi 5 biji *Bawang merah 2 biji *Bawang putih 4 ulas Sos tiram 2 sudu besar Kicap 1 sudu besar Cara cara Kisar bahan bertanda * dan tumis bersama serai dan halia sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kicap serta 1/4 cawan air Masukkan lala dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (option) Biar masak sebentar. Siap.

"Nasi lemak" baby

Image
Salam semua. Lama tak bersiaran dalam blog sendiri. Sebabnya balik-balik aku masak benda yang sama je. Jadi, nak menulis pun macam ulang resepi sama juga hahahah.  Tapi hari ni aku nak share resepi untuk baby. Nasi lemak baby. Nama nasi lemak sebab rasa dia macam nasi lemak. Aku share cara aku masak nasi dia sahaja, sebab sambal-sambal tu aku tak introduce lagi kat dia. Okay guys jangan kecam nasi lemak ni. Sebab aku memang masak style aku, untuk baby. Simple saja. Bahan bahan Beras segenggam Halia 2 cm Halba secubit Daun pandan 1 helai Potato 1 biji Ayam 5 hiris Bawang putih 2 ulas Cara cara Campak sahaja semua dalam periuk and biarkan masak. Tambah minyak masak sikit.  Bila nasi dah masak tu, masukkan sayur sawi hiris nipis. Siap. 

Asam rebus ikan kembung

Image
Salam semua Baru ada peluang untuk update semula blog hari ni. Hari ni masak menu simple dan cepat iaitu asam rebus style utara. Ini menu family aku and ayah aku suka makan asam rebus ikan dengan nasi goreng telur. Mak aku akan masak kuah dia cair-cair umph sedapnya. Rindu pulak masakan mak ayah. Jom start tengok cara aku masak. Bahan bahan Ikan kembung 4-5 ekor *Cili kering 8 batang *Bawang putih 1-2 ulas *Bawang merah 2 biji *Belacan serbuk secubit *Serbuk kunyit 1/2 sudu kecil Bendi  Air masak 3-4 cawan ikut suka kepekatan Asam keping 4-5 keping ikut kesukaan rasa masam Daun kesum 1 ikat Bunga kantan 1 batang Cara cara Blend bahan bertanda * then tuang terus dalam periuk. Tambah 3-4 cawan air dan asam keping. Rebus sehingga mendidih.  Selepas mendidih, masukkan ikan kembung, daun kesum, bunga kantan dan bendi. Rebus seketika sehingga ikan masak. Perasakan dengan garam, gula atau kiub ikan bilis pon boleh. Siap.

Sup kepala ikan merah

Image
Salam 2020 Hari ni aku masak sup lagi. Sup kepala ikan merah ini request dari suami aku hari ni. Sebenarnya dalam seminggu memang akan ada 2-3 kali aku memasak menu sup ni, samada sup ayam, sup ikan atau sup daging. Ini memang pantas untuk mak-mak semua. Jom start.  Bahan bahan Kepala ikan merah 3 ketul Bawang besar 1 biji Bawang putih 4 ulas Halia 2 inch Sup bunjut adabi 1 Daun sup Lada hitam hancur 1 sudu kecil Tomato 1 biji Cara cara Hiris nipis bawang besar, putih dan halia. Tumis sampai kuning sikit then masukkan air 2-3 cawan. Masukkan sup bunjut dan biar mendidih. Selepas mendidih tu masukkan kepala ikan dan  tomato. Biar masak 2-3 minit Masukkan daun sup dan perasakan dengan garam gula secukupnya.  Siap

Asam pedas ayam goreng

Image
Salam semua. Hari ni mendung je cuaca. Hujan dah pagi tadi. Aku keluarkan ayam dari freezer. Then fikir punya lama. Apa aku nak masak hari ni. Menu haruslah menu pantas disebabkan aku ada baby kecil yang suka berkepit je ni.  So aku masak sup ayam untuk anak-anak. Untuk aku dan  suami jadi lah asam pedas ye. Jom lah tengok caraku masak.  Bahan bahan Ayam  *Cili kering 10 batang *Bawang besar 1 biji *Bawang merah 3 ulas *Halia 2 inch *Lada hitam hancur 1 sudu kecil *Belacan serbuk 1 sudu kecil Daun kesum 1 ikat Tomato 1 biji Asam jawa adabi 1 sudu kecil Cara cara Goreng ayam yang diperap dengan garam kunyit sehingga separa garing. Ketepikan dahulu. Blend bahan bertanda * dan tumis sehingga betul-betul garing. Kemudian masukkan air 1 cawan dan asam jawa adabi. Biar mendidih. Masukkan ayam, tomato dan daun kesum. Biar masak sebentar 2-3 minit. Perasakan dengan garam dan gula.  Siap dah. 

Stik cepat dan mudah

Image
Salam 2020. Hari ni nak share dengan korang menu western yang simple. Menggunakan 5 bahan sahaja, rasanya mantap setanding stik di hotel lah. Yang penting kena ikut step masakan yang aku share ni. Bahan bahan Daging import yang dah dipotong macam stik Butter 2 sudu besar Bawang putih 4-5 ulas Garam Serbuk lada hitam Cara cara Keluarkan daging frozen dan biarkan dalam suhu bilik. Ini step penting supaya daging tu tak keras. Kemudian sejam sebelum nak masak tu perap dengan garam dan serbuk lada hitam. Panaskan pan dengan api besar sehingga pan berasap. Letakkan daging atas pan tu dan biar 3-4 minit. Slow ke api sederhana. Terbalikkan daging. Letak butter dan bawang putih dihiris. Masak lagi 3-4 minit. Siap. Angkat dan hidangkan dalam pinggan. Biarkan lagi 2 minit untuk rasanya lagi menyerap ke dalam daging. Okay boleh makan dah. Yang ini aku buat agak well-done la. Kalau medium rare kena kurangkan masa memasak ke 1 1/2 minit macam tu. Try and error ye.

Ayam goreng kunyit

Image
Salam semua Baru berkesempatan nak menulis resepi hari ni. Resepi simple je ni. Yang tak pandai memasak pun boleh kenyang dengan hanya menu ni. Complete set dalam satu menu, ada carbo, protein dan fibre juga. Makan dengan nasi panas-panas dan telur mata kerbau pun dah bersyukur kan. Jom start. Bahan bahan Isi ayam Kunyit Garam Kentang 1 biji Bawang besar/holland 1/2 biji Bawang putih 3 ulas Kacang panjang 2 batang Sos tiram 1 sudu Cara cara Lumur isi ayam dan kentang dengan kunyit & garam. Goreng sehingga separa garing, ketepikan dahulu. Keluarkan minyak menggoreng ayam tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang besar and putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan juga sos tiram. Gaul rata. Tambahkan air sedikit dan masukkan kacang panjang yang dipotong pendek-pendek. Gaul dan biar 1-2  minit sehingga kacang agak masak.  Siap.

Sup cendawan campur sawi

Image
Salam semua Hari ni nak share dengan korang semua cara nak masak sup cendawan campur sawi. Senang sangat menu ini. Tak sampai 5 minit dah siap. Bahan bahan Sawi  Cendawan  Ikan bilis (sejemput) Fishball (1 peket) Fishcake (2 ketul) Bawang putih 3 ulas Bawang merah 1 biji sederhana besar Cara cara Tumis bawang yang dihiris nipis sehingga naik bau  Masukkan fishball dan fishcake yang dipotong kecil. Biar seketika sehingga masak. Masukkan air secawan. Biar mendidih. Masukkan sawi dan cendawan. Tambahkan garam secukupnya. Biar mendidih sekejap. Tutup api. Siap.

Telur masin homemade

Image
Salam semua Hari ini 2 syawal. #pkpraya lah kita. Aku nak share cara buat telur masin menggunakan telur ayam. Sedap guys. Bahan bahan Telur ayam 20 biji Garam 1/2 kg Air masak 4-5 cawan Cara cara Masak air garam sehingga garam cair. Dah siap tu biarkan sejuk sebentar. Bila air garam dah sejuk, masukkan dalam tupperware dan letak lah dalam 8-9 biji telur dalam air garam tu Jumlah telur ikut lah size tupperware kau guna ye. Rendam selama 2 minggu ke atas baru boleh di makan. Nak makan nanti rebus je. Siap.

Tauhu berlauk

Image
Salam 2020 Hari ni ramadhan ke 30 dah. Hari terakhir berpuasa untuk tahun ni. Sejujurnya aku agak bersyukur dengan "stay home" ni. Tiada persekolahan, tiada waktu pejabat untuk suami dan paling best ialah ramadhan kali ni keluarga kecil kami tak pernah miss untuk memasak setiap hari sepanjang PKP which is rare la jugak sebab aku jarang memasak sebenarnya. Nama je ada blog memasak tapi nak memasak tu jarang lah. Dan sebenarnya lagi terasa kerana syawal tahun ni beraya di rumah sendiri and of course menu hari raya pun kena buat sendiri..Semoga baik-baik sahaja semuanya ya. Dah membebel panjang ni, jom aku tunjuk satu menu baru untuk diri aku juga sebab ini first time aku buat menu ni. Bahan bahan Tauhu basah 4 ketul Daging cincang ramly segenggam Telur 1 biji Daun sup Bawang holand Bawang goreng Garam Potato 2 biji Cara cara Goreng tauhu dan potato dahulu. Angkat dan lenyekkan.. Tumis bawang holand sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Goreng dagin

Puri kentang dan brokoli campur sawi

Image
Salam 2020 Simple menu breakfast untuk Muhammad Harith hari ni. Potato and brokoli. Bahan bahan Brokoli Kentang 1 biji Sayur sawi 2 batang Cara cara Steam semua nya dan blend. Siap. Hehe senang. Dan untuk lunch aku just tambah nasi kita makan tu dalam puri anak. So akan lebih mengenyangkan lah. Blend nasi dengan puri. Biarkan texturenya likat ye.

Puri Nasi campur lobak dan kobis bunga

Image
Salam 2020 Mak aih tengok tajuk masakan pun panjang sangat kan. Tapi nak buatnya tu tak susah pun. Bayi 6 bulan kena makan puri dahulu. Biar dia belajar telan makanan. So hari tu aku bagi anak aku makan puri lobak campur kobis bunga. Struggle nya nampak dia nak telan makanan tu. Nampak sangat tak berminat anak oi. Maka hari ini aku cuba blend puri lobak dan kobis bunga tu dengan nasi. Btw aku guna nasi yang kita makan ni je. Boleh je mana-mana jenis beras pun asalkan makanan dia seimbang. So bila campur nasi, dia makan lah.. tekak melayu ye. Dan lagi satu, aku dah siap-siap  buat puri lobak merah dan kobis bunga tu and aku bekukan dalam acuan ice. So bila nak masak je aku ambil 1-2 cubes dan masukkan dalam masakan. Senang okay. Jom tengok cara masakannya, Bahan bahan Nasi 1 1/2 sudu besar Puri lobak 2 cube Puri kobis bunga 2 cube Baby food processor Cara cara Defrost puri lobak dan kobis bunga dalam baby food processor Then bila puri dah cair, pindahkan ke bahagian

Lala masak lemak cili padi simple

Image
Salam semua Lala ni seafood favourite aku. Tak kisah la nak dibuat masakan apa sekalipun aku boleh bantai makan 1kg tu aku seorang je hadap okay. Masak lemak cili padi ni pula ada pelbagai cara masakan. Maklum lah style memasak yang berbeza mengikut negeri so bahan bahan yang digunakan juga berbeza. Aku tak kisah style negeri mana pun, yang penting sedap kat tekak aku dan paling penting tekak suami. Lets start.. Bahan bahan Lala 1 kg *kunyit hidup 2cm *lengkuas 2cm *bawang besar 1 biji *cili padi 8 biji (nak lebih pedas tambah lagi) *bawang putih 3 ulas *halia 2cm Asam jawa adabi 1/2 sudu kecil Serai 1 batang Daun kunyit 2 helai Santan kotak 1 Air 2 cawan Cara cara Blend semua bahan bertanda * Masukkan semua bahan blend tu ke dalam 2 cawan air dan biarkan mendidih Bila dah mendidih, masukkan lala dan santan 1 kotak. Kacau sentiasa Masukkan daun kunyit dihiris nipis Perasakan dengan garam dan gula. Siapppp. Senang sangat

Puri kurma dan kentang untuk baby

Image
Salam semua Since anak dah menginjak umur 6 bulan, perkara pertama mak ayah kena buat haruslah perkenalkan puri kepada baby. Tak kisah bubur nasi kosong, puri buah atau sayur. Texture makanan untuk baby 6 bulan haruslah cair dan tak berketul sebab baby baru belajar makan. Slowly nanti perkenalkan texture kasar kepada baby. Jadi aku nak share resepi puri yang mudah. Bahan bahan Kurma 3 biji Kentang 1 biji Baby Food processor Cara cara Aku guna baby food processor 2 in 1 dimana ia boleh digunakan untuk stim dan blend. Mula mula stimkan kentang dan kurma. Make sure buang kulit kentang dan biji kurma dulu. Selepas 15-20 minit stim, pindahkan ke bahagian blender tu. Blend sehingga halus. Siap disuap kepada baby. Kalau texture tu macam likat, boleh tambah air sikit. Byee.

Gulai ikan jenahak utara style

Image
Salam semua. Hari ini ramadhan ke 22. And pkp hari ke 59 kan? Betulkan lah kalau silap sebab aku lost count dah. Aku masak gulai hari ni and resepi aku simple je. Yes aku tahu nanti ada orang tanya gulai dengan kari tu tak sama ke. Sama jelah guys cuma panggilan jelah. Utara memang panggil gulai aku rasa. Betul tak? Jom tengok cara aku masak.  Bahan bahan Ikan jenahak (5 ketul) Bawang besar (1 biji) Bawang putih (4 ulas) Halia (2 inch) Daun kari (3 tangkai) Rempah kari ikan (4 sudu besar) Santan (setengah kotak) Halba campur (1 sudu besar) Asam jawa adabi (1/2 sudu besar) Tomato (1 biji) Bendi (8-9 batang) Cara cara Blend bawang besar, bawang putih dan halia Rendam rempah kari ikan dalam air dulu Tumis bawang besar, putih dan halia yang di blend+halba campur+daun kari sehingga naik bau.  Masukkan rempah kari ikan. Tumis sampai pecah minyak. Guna api sederhana okay. Bila dah pecah minyak, kau masukkan asam jawa adabi dan lebih kurang 2 cawan

Keropok lekor homemade

Image
Salam 2020 Hari ni ramadhan ke 21. Disebabkan dalam peti ais tu ada ikan selayang and ikan kembung comel-comel je saiz dia so aku decide nak buat keropok lekor la untuk anak-anak. Bahan bahan Ikan kembong 6 ekor Tepung ubi 1 1/2 cawan Garam 1 sudu kecil Lada hitam secubit Ajinomoto secubit Cara cara Rebus ikan kembong dulu then ambil isi dia sahaja Then blend dengan ice cubes 3 cubes camtu. Tujuannya untuk elak isi ikan tu terburai. At least ada ice cubes tu dia jadi macam mampat lah isinya. Masukkan dalam besen dan campurkan dengan tepung ubi serta tepung gandum. Perasakan. Uli sehingga menjadi doh. Kalau macam tak melekat doh tu, masih terburai isi ikan, tambahlah air sejuk sikit. Buat doh panjang-panjang macam keropok lekor tu. Didihkan air then masukkan keropok lekor tu. Bila dah timbul baru angkat dan toskan. Boleh terus goreng untuk santapan dan boleh frozenkan sahaja. Siap

Sambal petai dan ikan bilis

Image
Salam 2020 Ramadhan ke 20 aku ada masak sambal petai dan ikan bilis ni. Simple je. Aku dah siap-siap buat ibu sambal dah so bila aku nak masak apa-apa berasaskan sambal, cedok je ke dalam periuk dan boomm siap lah. Bahan bahan Ibu sambal 2 sudu besar ( cili kering+bawang besar+bawang putih+air asam jawa+perasa secukupnya) Ikan bilis 1 genggam Petai 1 genggam Bawang besar 1/2 biji Cara cara Tumis bawang yang dihiris bulat sehingga naik bau Then masukkan ibu sambal. Aku tak tunggu pecah minyak dah sebab ibu sambal ni dah siap masak dah pun. Masukkan pula petai dan ikan bilis tadi. Gaul dan tambah sikit air. Tutup kuali sekejap biar masak. Siap.

Ayam masak kicap senang

Image
Salam guys. Aku rasa masakan ini la paling senang. Masak kicap je. Simple tapi sedap sangat. Kalau ada hari-hari yang aku busy mengemas rumah, maka menu ni lah penyelamat perut lapar. Jom start. Bahan bahan Ayam 10 ketul (lebih kurang) Kicap manis 5 sudu besar Sos tiram 2 sudu besar Sos cili 1 sudu besar Bawang besar 1/2 biji Air 1 cawan Cara cara Goreng ayam dahulu sampai half garing Then menggunakan minyak gorengan ayam tu, buang sikit la minyak tu bagi tinggal lebih kurang 4 sudu besar camtu, tumis bawang besar sampai layu Then masukkan sos dan kicap semua. Masukkan ayam goreng. Gaul rata Then masukkan air separuh cawan. Biarkan mendidih sekejap. Selalunya aku tak tambah dah gula or garam sebab dah cukup rasa. Siap.

Asam pedas kepala ikan jenahak

Image
Salam 2020 Ramadhan ke 18 aku masak asam pedas. Since asam pedas ni ada pelbagai resepi, aku selalunya masak ikut tekak sendiri je. Untuk resepi kali ni nasib baik kena kat tekak suami aku, diulangnya kata "pandai betul ibu masak asam pedas" seraya menjilat jari. Bahan bahan Kepala ikan jenahak (kerat 2) *Bawang besar 1 biji *Bawang putih 3 ulas *Buah keras 1 biji *Lada hitam 1 sudu kecil jangan lah menimbun *Belacan 1 cm *Serbuk kunyit 1 sudu kecil  *Halia 2 cm Daun kesum 1 ikat Bunga kantan 1 batang *Cili kering 15 batang *Serai 1 batang Asam jawa adabi 1 sudu besar or 2 1/2 asam keping Cara cara Blend semua bahan bertanda * Panaskan minyak dalam belanga Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik minyak and garing Bila dah garing, masukkan air asam jawa/asam keping dan air 1 1/2 cawan. Biarkan mendidih then masukkan kepala ikan. Tutup belanga dengan penutup  and biar lah dalam 2-3 minit Bila dah mendidih masukkan daun kesum dan bunga kantan P

Daging masak hitam

Image
Salam 2020 So ramadhan ke 16 aku buat menu daging masak hitam. Actually ini first time aku masak menu ni guys. Sebab bukan favourite pon tapi nak try menu baru makanya terjadilah menu untuk hari ini. Btw, aku gandingkan lauk daging masak hitam dengan nasi briyani. Ha nasi briyani aku guna rempah nasi briyani je, mudah and senang dan aku ada buat acar timun juga. So complete set. Husband aku kata macam makan nasi kenduri. Bahan bahan Daging 1 bekas tupperware anggaran 400-500g Sos tiram 2 sudu besar Kicap manis 4 sudu besar Jintan manis 1 sudu kecil Biji ketumbar 1 sudu kecil Bunga lawang 3 biji Bunga cengkih 2 biji Buah pelaga 5 biji Kulit kayu manis 1 batang Daun pandan 1 helai Serai 1 batang *Bawang merah besar 1 biji *Bawang putih 3 ulas *Halia 2 inch Cara cara Daging direbus terlebih dahulu sehingga empuk Kemudian blend bahan bertanda * Dalam 1 bekas, ambil daging yang dah direbus, satukan dengan bahan kisar and 2 sudu sos tiram serta 2 sudu kicap. Gaul se

Daging goreng sos tiram

Image
Salam 2020. Ramadhan ke 8 hari tu aku masak daging goreng sos tiram. Senang sangatlah yang ni pun.  Bahan bahan Daging  Sos tiram Minyak Garam Sayur kacang buncis Bawang putih Bawang besar Cara cara Tumis bawang putih and bawang merah yang dah dihiris nipis. Masukkan daging dan goreng sebentar. Daging tu actually aku dah rebus sekejap before tu untuk texture lebih lembut. Kemudian, masukkan sos tiram dan gaul rata.  Masukkan sayur kacang buncis. Apa-apa sayur pon tak apa. Perasakan dengan garam/gula jika perlu. Siap. Sedihnya tak boleh upload gambar. Aku tak tahu la kenapa setting blog kali ni dah berubah. Aku tak ada usik mana-mana setting pon. Nanti lah aku fikirkan cara nak upload. Sebab ini kan blog masakan, haruslah aku sertakan gambar masakan aku.  Bye guys.

Nasi minyak 1 set

Image
Salam 2020 guys. Ramadhan ke 6 hari tu aku buat nasi minyak ni. Actually aku masak nasinya guna rempah serbaguna je. Bancuh dengan air then tanak dalm rice cooker macam biasa. Aku guna brand apa tah aku lupa nanti aku tengok balik. Siap satu hal. Jom tengok cara buat kuah and sayurnya  Bahan bahan dan cara cara Kari daging dan kentang Daging 1 tupperware ( aku taktau la berapa gram) Kentang 2 biji Rempah kari daging 4 sudu besar Rempah sekawan (1 kulit kayu manis, 3 buah pelaga, 2 bunga lawang) Halia 2 inch Bawang putih 4 ulas Bawang merah besar 1 biji Daun kari 3 batang Minyak  Santan 3/4 kotak Okay actually aku masak kari daging ni dalam pressure cooker russel taylor so ini caranya.  Tekan "bake" and screen akan keluar word "P10" Masukkan minyak. Tumis bawang, halia, daun kari and rempah sekawan. Bila dah naik bau tu, masukkan rempah kari daging. Tumis sampai garing.  Kemudian masukkan daging dan air sehingga

Cekodok pisang senang

Image
Salam semua. Ini breakfast for my kids. Since ada 3 biji pisang lagi maka terjadilah cekodok bulat-bulat. Bahan bahan 3 biji pisang 1 cawan tepung Air secukupnya untuk bancuh tepung.  Gula 2 sudu kecil Cara cara Lenyekkan pisang then masukkan tepung dan gula.  Masukkan air sikit sikit sehingga mencapai kepekatan doh yang likat dan tak cair sangat tapi tak pekat sangat. Hahaha ini kena bajet-bajet air.  Bentukkan bulat bulat di hujung jari then goreng dalam minyak panas.  Angkat toskan.  Siap.

Roti coklat

Image
Hi guys. Ramadhan ke 7 aku buat roti coklat ni untuk berbuka. Dapat lah dalam 7 ketul. Aku bagi jiran sebelah 4 ketul. So ada 3 ketul lah untuk berbuka. Sekali anak-anak aku makan dulu daaa. Bahan bahan Roti gardenia Cawan Coklat topping beli dekat shoppee Cara cara Letak coklat di tengah roti. Then letak sekeping atasnya. Kemudian tekapkan dengan cawan kuat-kuat. Tarik lebihan roti di sekeliling tekapan cawan. Keluarkan roti dari cawan dan goreng menggunakan minyak kuat lah sebab taknak roti terlalu serap minyak. Goreng kejap je then angkat. Siap.

Singgang ikan tongkol style kelantan

Image
Salam ramadhan ke 4. Hari ni menu berbuka aku ialah singgang ikan tongkol guys. Makan dengan budu potong mangga muda dalam tu then perah asam limau, then ikan tongkol goreng haa 3 pinggan perginya suami aku makan. Fuh jom start. Bahan bahan Ikan tongkol 4-5 ketul isi Lengkuas 2 inch Halia 2 inch Bawang putih 4 ulas Bawang merah kecil 3 ulas Asam keping 3 keping Garam Air 3-4 cawan Cili padi 5 biji Cara cara Rebus isi ikan dulu bersama garam 2 sudu kecil dan asam keping 2 keping. Then bila ikan dah siap rebus, keluarkan dulu, ketepikan. Dalam air rebusan ikan, masukkan halia, lengkuas, bawang putih dan bawang merah. Rebus sampai mendidih. Then masukkan semula ikan. Masukkan sekali asam keping and cili padi. Rebus lagi. Then perasakan dengan ajinomoto sikit, garam sikit then gula sikit. Siap lah tu. Mana ikan? Ahhahha kuah selambak sebab nanti kuah ni akan  dihirup oleh suamiku dan anak-anak

Pedal dan hati ayam goreng bawang cili padi

Image
Salam 2020 Mesti ada yang tak makan pedal dan hati ayam kan. Aku lah tu. Ini menu untuk suamiku. Ramadan ni kita makan sahur dengan lauk kering macamni pun bertambah nasi dan berselera tau. Bahan bahan Pedal ayam Hati ayam Bawang holland separuh Cili padi 4 biji Sos tiram Minyak Cara cara Goreng pedal dan hati sampai garing. Toskan. Guna minyak goreng yang sama, tumis bawang dan cili padi sampai naik bau. Then masukkan sos tiram and garam sikit. Masukkan pedal dan hati ayam tadi. Gaul sebati. Siap.

Sardin roll simple

Image
Salam 2020. Hari ini 3 ramadhan. Semoga semuanya sentiasa sihat and kuat untuk berpuasa and beribadah di malam harinya.  So hari ini aku nak share cara aku buat sardin roll. Sangat simple je sebab aku tak suka renyah kan. Jom start. Bahan bahan Sardin ayam brand 1 tin Mayonis 2 sudu besar Cili padi 2-3 biji ikut kepedasan yang nak Bawang merah 1 biji- racik halus Roti gardenia 1 buku Telur 2 biji Cara cara Tumis bawang sampai naik bau then masukkan sardin. Masukkan sekali kuah dia tu pun. Then masukkan jugalah mayonis. Kacau and masak sampai kering.  Bila sardin dah nampak kering, masukkan cili padi. Masak kejap then tutup api. Biar sejuk sekejap. Roti gardenia tu kau gelek sampai leper then letakkan sardin di atasnya. Gulung ia.  Then golekkan roti dalam telur.  Goreng dalam api yang sederhana panas. Angkat toskan minyak.  Ulang step di atas sampai siap.