Posts

Showing posts from June, 2020

Asam rebus ikan kembung

Image
Salam semua Baru ada peluang untuk update semula blog hari ni. Hari ni masak menu simple dan cepat iaitu asam rebus style utara. Ini menu family aku and ayah aku suka makan asam rebus ikan dengan nasi goreng telur. Mak aku akan masak kuah dia cair-cair umph sedapnya. Rindu pulak masakan mak ayah. Jom start tengok cara aku masak. Bahan bahan Ikan kembung 4-5 ekor *Cili kering 8 batang *Bawang putih 1-2 ulas *Bawang merah 2 biji *Belacan serbuk secubit *Serbuk kunyit 1/2 sudu kecil Bendi  Air masak 3-4 cawan ikut suka kepekatan Asam keping 4-5 keping ikut kesukaan rasa masam Daun kesum 1 ikat Bunga kantan 1 batang Cara cara Blend bahan bertanda * then tuang terus dalam periuk. Tambah 3-4 cawan air dan asam keping. Rebus sehingga mendidih.  Selepas mendidih, masukkan ikan kembung, daun kesum, bunga kantan dan bendi. Rebus seketika sehingga ikan masak. Perasakan dengan garam, gula atau kiub ikan bilis pon boleh. Siap.

Sup kepala ikan merah

Image
Salam 2020 Hari ni aku masak sup lagi. Sup kepala ikan merah ini request dari suami aku hari ni. Sebenarnya dalam seminggu memang akan ada 2-3 kali aku memasak menu sup ni, samada sup ayam, sup ikan atau sup daging. Ini memang pantas untuk mak-mak semua. Jom start.  Bahan bahan Kepala ikan merah 3 ketul Bawang besar 1 biji Bawang putih 4 ulas Halia 2 inch Sup bunjut adabi 1 Daun sup Lada hitam hancur 1 sudu kecil Tomato 1 biji Cara cara Hiris nipis bawang besar, putih dan halia. Tumis sampai kuning sikit then masukkan air 2-3 cawan. Masukkan sup bunjut dan biar mendidih. Selepas mendidih tu masukkan kepala ikan dan  tomato. Biar masak 2-3 minit Masukkan daun sup dan perasakan dengan garam gula secukupnya.  Siap

Asam pedas ayam goreng

Image
Salam semua. Hari ni mendung je cuaca. Hujan dah pagi tadi. Aku keluarkan ayam dari freezer. Then fikir punya lama. Apa aku nak masak hari ni. Menu haruslah menu pantas disebabkan aku ada baby kecil yang suka berkepit je ni.  So aku masak sup ayam untuk anak-anak. Untuk aku dan  suami jadi lah asam pedas ye. Jom lah tengok caraku masak.  Bahan bahan Ayam  *Cili kering 10 batang *Bawang besar 1 biji *Bawang merah 3 ulas *Halia 2 inch *Lada hitam hancur 1 sudu kecil *Belacan serbuk 1 sudu kecil Daun kesum 1 ikat Tomato 1 biji Asam jawa adabi 1 sudu kecil Cara cara Goreng ayam yang diperap dengan garam kunyit sehingga separa garing. Ketepikan dahulu. Blend bahan bertanda * dan tumis sehingga betul-betul garing. Kemudian masukkan air 1 cawan dan asam jawa adabi. Biar mendidih. Masukkan ayam, tomato dan daun kesum. Biar masak sebentar 2-3 minit. Perasakan dengan garam dan gula.  Siap dah. 

Stik cepat dan mudah

Image
Salam 2020. Hari ni nak share dengan korang menu western yang simple. Menggunakan 5 bahan sahaja, rasanya mantap setanding stik di hotel lah. Yang penting kena ikut step masakan yang aku share ni. Bahan bahan Daging import yang dah dipotong macam stik Butter 2 sudu besar Bawang putih 4-5 ulas Garam Serbuk lada hitam Cara cara Keluarkan daging frozen dan biarkan dalam suhu bilik. Ini step penting supaya daging tu tak keras. Kemudian sejam sebelum nak masak tu perap dengan garam dan serbuk lada hitam. Panaskan pan dengan api besar sehingga pan berasap. Letakkan daging atas pan tu dan biar 3-4 minit. Slow ke api sederhana. Terbalikkan daging. Letak butter dan bawang putih dihiris. Masak lagi 3-4 minit. Siap. Angkat dan hidangkan dalam pinggan. Biarkan lagi 2 minit untuk rasanya lagi menyerap ke dalam daging. Okay boleh makan dah. Yang ini aku buat agak well-done la. Kalau medium rare kena kurangkan masa memasak ke 1 1/2 minit macam tu. Try and error ye.

Ayam goreng kunyit

Image
Salam semua Baru berkesempatan nak menulis resepi hari ni. Resepi simple je ni. Yang tak pandai memasak pun boleh kenyang dengan hanya menu ni. Complete set dalam satu menu, ada carbo, protein dan fibre juga. Makan dengan nasi panas-panas dan telur mata kerbau pun dah bersyukur kan. Jom start. Bahan bahan Isi ayam Kunyit Garam Kentang 1 biji Bawang besar/holland 1/2 biji Bawang putih 3 ulas Kacang panjang 2 batang Sos tiram 1 sudu Cara cara Lumur isi ayam dan kentang dengan kunyit & garam. Goreng sehingga separa garing, ketepikan dahulu. Keluarkan minyak menggoreng ayam tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang besar and putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan juga sos tiram. Gaul rata. Tambahkan air sedikit dan masukkan kacang panjang yang dipotong pendek-pendek. Gaul dan biar 1-2  minit sehingga kacang agak masak.  Siap.