Posts

Showing posts from April, 2020

Cekodok pisang senang

Image
Salam semua. Ini breakfast for my kids. Since ada 3 biji pisang lagi maka terjadilah cekodok bulat-bulat. Bahan bahan 3 biji pisang 1 cawan tepung Air secukupnya untuk bancuh tepung.  Gula 2 sudu kecil Cara cara Lenyekkan pisang then masukkan tepung dan gula.  Masukkan air sikit sikit sehingga mencapai kepekatan doh yang likat dan tak cair sangat tapi tak pekat sangat. Hahaha ini kena bajet-bajet air.  Bentukkan bulat bulat di hujung jari then goreng dalam minyak panas.  Angkat toskan.  Siap.

Roti coklat

Image
Hi guys. Ramadhan ke 7 aku buat roti coklat ni untuk berbuka. Dapat lah dalam 7 ketul. Aku bagi jiran sebelah 4 ketul. So ada 3 ketul lah untuk berbuka. Sekali anak-anak aku makan dulu daaa. Bahan bahan Roti gardenia Cawan Coklat topping beli dekat shoppee Cara cara Letak coklat di tengah roti. Then letak sekeping atasnya. Kemudian tekapkan dengan cawan kuat-kuat. Tarik lebihan roti di sekeliling tekapan cawan. Keluarkan roti dari cawan dan goreng menggunakan minyak kuat lah sebab taknak roti terlalu serap minyak. Goreng kejap je then angkat. Siap.

Singgang ikan tongkol style kelantan

Image
Salam ramadhan ke 4. Hari ni menu berbuka aku ialah singgang ikan tongkol guys. Makan dengan budu potong mangga muda dalam tu then perah asam limau, then ikan tongkol goreng haa 3 pinggan perginya suami aku makan. Fuh jom start. Bahan bahan Ikan tongkol 4-5 ketul isi Lengkuas 2 inch Halia 2 inch Bawang putih 4 ulas Bawang merah kecil 3 ulas Asam keping 3 keping Garam Air 3-4 cawan Cili padi 5 biji Cara cara Rebus isi ikan dulu bersama garam 2 sudu kecil dan asam keping 2 keping. Then bila ikan dah siap rebus, keluarkan dulu, ketepikan. Dalam air rebusan ikan, masukkan halia, lengkuas, bawang putih dan bawang merah. Rebus sampai mendidih. Then masukkan semula ikan. Masukkan sekali asam keping and cili padi. Rebus lagi. Then perasakan dengan ajinomoto sikit, garam sikit then gula sikit. Siap lah tu. Mana ikan? Ahhahha kuah selambak sebab nanti kuah ni akan  dihirup oleh suamiku dan anak-anak

Pedal dan hati ayam goreng bawang cili padi

Image
Salam 2020 Mesti ada yang tak makan pedal dan hati ayam kan. Aku lah tu. Ini menu untuk suamiku. Ramadan ni kita makan sahur dengan lauk kering macamni pun bertambah nasi dan berselera tau. Bahan bahan Pedal ayam Hati ayam Bawang holland separuh Cili padi 4 biji Sos tiram Minyak Cara cara Goreng pedal dan hati sampai garing. Toskan. Guna minyak goreng yang sama, tumis bawang dan cili padi sampai naik bau. Then masukkan sos tiram and garam sikit. Masukkan pedal dan hati ayam tadi. Gaul sebati. Siap.

Sardin roll simple

Image
Salam 2020. Hari ini 3 ramadhan. Semoga semuanya sentiasa sihat and kuat untuk berpuasa and beribadah di malam harinya.  So hari ini aku nak share cara aku buat sardin roll. Sangat simple je sebab aku tak suka renyah kan. Jom start. Bahan bahan Sardin ayam brand 1 tin Mayonis 2 sudu besar Cili padi 2-3 biji ikut kepedasan yang nak Bawang merah 1 biji- racik halus Roti gardenia 1 buku Telur 2 biji Cara cara Tumis bawang sampai naik bau then masukkan sardin. Masukkan sekali kuah dia tu pun. Then masukkan jugalah mayonis. Kacau and masak sampai kering.  Bila sardin dah nampak kering, masukkan cili padi. Masak kejap then tutup api. Biar sejuk sekejap. Roti gardenia tu kau gelek sampai leper then letakkan sardin di atasnya. Gulung ia.  Then golekkan roti dalam telur.  Goreng dalam api yang sederhana panas. Angkat toskan minyak.  Ulang step di atas sampai siap.

Nasi kandar 1 set

Image
Salam 2020 Hari ini PKP day 33 guys. Steady lagi ke tu? Sabar, stay home stay safe. Hari ni aku rasa nak makan nasi kandar so aku propose kat husband. Dia zupzapzup siapkan bahan-bahan sambil aku monitor dia memasak. Apa yang nak potong, apa yang nak kena masukkan dulu dan sebagainya, semua dia settlekan. Aku bagi arahan kat tepi je. Jom start. Bahan bahan dan cara caranya Ayam goreng Ayam 1 ekor Serbuk kari daging 6 sudu besar Serbuk goreng ayam adabi 6 sudu besar Tepung beras 3 sudu besar Daun pandan Garam Gula sikit Satukan semuanya dalam bekas dan gaul sebati. Perap jap dalam 1/2 jam macamtu. Then panaskan minyak and goreng garing. Btw daun pandan tu pun kau goreng je, Nanti makan dengan nasi rasa crunchy tu sedap guys. Try okay. Aku tak guna daun kari tapi daun pandan. Nasi kuning Beras basmati 2 pot (air 5 pot) Rempah 3 sekawan (bunga lawang 1, buah pelaga 3, kulit kayu manis 1) Serbuk kunyit 1-2 sudu kecil Garam Daun pandan (potong kecil) Butt

Donut special

Image
Salam 2020 PKP day 31 hari ni guys. So hari ni aku dan anak-anak buat donut simple. Anak-anak aku yang bentukkan donut ni ye. So lets tengok bahan-bahan dulu Bahan-bahan Bahan A Tepung gandum 4 cawan (cawan yang hidang air teh tu) Mentega 3 sudu Baking powder 2 sudu Garam 2 sudu Bahan B Yis 1peket Susu pekat manis 2 sudu Gula 2 sudu Air suam 1 1/2 cawan Cara cara First kita settlekan bahan B Mix kan yis dengan air suam. Kacau sampai hilang ketul-ketul Then masukkan gula and susu pekat manis. Kacau rata then ketepikan. Biarkan 20 min camtu. Biar sampai kembang yis tu. Then kau satukan bahan A dan gaul rata sampai jadi macam serbuk roti tapi takde lah macam serbuk sangat. Cuma gaul sehingga sebati. Selepas 20 minit tu, kau tengok yis kau dah kembang kan, kau masukkan yis tu ke dalam adunan tepung tu guys. Adun sebati sampai tak melekit kat tangan. Biarkan setengah jam. Tunggu doh tu kembang. Aku letak bawah tudung saji je. Okay bila

Kek batik simple

Image
Okay ini aku buat dengan anak-anak aku minggu lepas. Diorang lah request nak kek, so kek batik je aku pandai buat pon. Bahan bahan Biskut merry 1 1/2 bungkus Butter 1 buku Milo 15 sudu Susu pekat manis 1/2 tin Telur 1 biji Cara cara Pecahkan biskut tu kecil-kecil. Ini aku suruh anak aku je. Ada lah 5-6 keping masuk mulut diorang dah. Dalam kuali, cairkan butter. Dah cair, masukkan susu pekat manis. Then tambahkan milo, gaul sebati. Then masukkan telur. Ni additional ye guys. Tak letak pun takpe. Then kacau lah sampai agak masak, tutup api. Then masukkan biskut. Gaul rata. . Sedia di hidang

Sagu gula melaka

Image
Salam 2020 Hari ni aku nak share cara masak sagu gula melaka ye. Bahan bahan Untuk sagu Sagu 1 cawan Air masak 4 cawan Sirap gula melaka Gula melaka 1 ketul Gula putih 4 sudu besar Air masak 1-1 1/2 cawan ikut lah kepekatan Susu cair Cara cara Okay guys. Rendam kejap biji sagu dalam 15 minit pun okay je then masak atas dapur ikut nisbah 1:4 ye guys.  Masak sampai sagu kau dah kembang and lutsinar. Then toskan bawah air paip untuk buang kanji dia. Masukkan dalam acuan or bekas bertutup then simpan dalam peti ais  Untuk kuah gula melaka tu, kau masak semua bahan- bahan dia atas api sampai mendidih then sejukkan.  Simpan kuah gula melaka dalam peti ais Nanti nak makan, campur semua sekali then letak ais ketul sikit fuh sedapp sangat. Siap lah guys Time ni aku makan dengan harum manis oh semanis hatimu sedap gila

Ikan cencaru goreng asam

Image
Salam 2020 Okay guys. Pernah dengar ke goreng asam? Ini menu santapan rumah nenek aku je biasanya aku jumpa. Bahan bahan Ikan cencaru 4 ekor Asam jawa adabi 1 sudu besar Garam 1 sudu kecil Gula 1/2 sudu kecil Serbuk kunyit Minyak Cara cara Lumurkan semua bahan dengan ikan kau. Biar lah 5-10 minit ye dak untuk bahan-bahan kau terserap ke dalam ikan kan. Panaskan minyak. Goreng lah Ha nampak tak ikan warna hitam legam tu. Jangan risau geng. Sebab memang lepas goreng ikan tu warna hitam. Bukan hangit ye. Kau goreng garing then makan dengan budu and singgang ikan tongkol. Terangkat guyss

Dalgona Coffee

Image
Salam 2020 Ini merupakan first post aku untuk tahun 2020 ini Tahun coronavirus bak kata orang. Semoga semuanya dalam keadaan selamat ya So untuk kali ni aku nak share air coffee viral yang sedap dan mantap ni. Bahan bahan fresh milk 1 cawan *Nescafe 2 sudu besar *Gula 2 sudu besar *Air panas 2 sudu besar Ais ketul Whisk Cara cara Campurkan semua bahan bertanda * dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang menggunakan whisk. Ha kembang macamni Kemudian kau tuang fresh milk ke dalam cawan berisi ais Kau letakkan la nescafe kat atas dia Siappp