Posts

Showing posts from 2018

Tauhu jepun masak sos tiram

Image
Bahan bahan Tauhu jepun 1 plastik Carrot 1/2 batang Bawang besar 1/2 biji Bawang merah 2 biji Bawang putih 4 ulas Sos tiram 3 sudu Kiub ayam Tepung jagung 1 sudu kecil Cara cara Goreng tauhu jepum terlebih dahulu. Sampai kulit luar macam dalam gambar tu. Then ketepikan dulu. Tumis bawang putih dan merah sampai wangi Then masukkan sos tiram dan kiub ayam. Tambah air sikir. Then masukkan carrot. Biar carrot lembut then masukkan tauhu jepun yang dah digoreng tadi. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. Rasalah kalau ada kurang masin ke apa ke, sila tambah garam gula. Siap..

Sambal tumis sotong

Image
Ahah! Favourite husband aku ni. Seminggu ada la 2 kali jugak masak ni. Bahan bahan Cili kering 15 batang Bawang merah 5 biji Bawang putih 4 ulas Halia 2 cm Bawang besar 1 biji kecil Sotong 10 ekor Minyak Kiub ikan bilis Asam jawa Cara cara Sotong aku masak atas kuali tanpa minyak terlebih dahulu. Bila sotong keluarkan air then angkat ketepikan. Blend bawang bawang halia dan cili kering yang dah rendam air panas sampai hancur. Masukkan  minyak dalam kuali. Masak bagi air sotong kering kejap then start tumis bahan kisar sampai pecah minyak Masukkan asam jawa dan kiub ikan bilis. Then masukkan sotong. Sotong still keluarkan air sikit-sikit so kau masak sambal tu sampai kering sikit lah. Akhir sekali, masukkan bawang besar mayang kecil Siap

Tomyam campur simple

Image
Maybe aku kena enhance sikit cara ambil gambar masakan before upload dalam blog ni😆 Bahan bahan Bawang besar 1/2 biji Bawang putih 3 ulas Udang galah 4 ekor Ayam 3 ketul Daging 1 ketul potong kecil Pes tomyam Daun limau purut Galangal (wei aku lupa lah nama melayu dia. Serius) Garam Gula Cili padi Limau nipis 1 biji Lemon 1/4 Serai 2 batang Cara cara Masukkan air dalam periuk and then kau masukkan sahaja semua bawang sekali galangal and serai yang dah ditumbuk halus dan dititik. Masukkan pes tomyam. Biarkan mendidih, baru aku masukkan daging dan ayam. Masak lah sampai daging lembut then last baru kau masukkan udang galah. Then masukkan daun limau purut. Perah lemon and limau nipis. Aku pakai lemon sebab dia bagi 1 aroma tu sedap pulak bau. Perasakan dengan garam gula. Aku add on kiub daging. Aku lupa pulak bagitahu. Siap..

Sambal telur mata

Image
Bila dah hujung bulan tu, tinggal telur jelah. Bahan bahan Cili kering 15 batang Bawang merah 5 biji Bawang putih 3 ulas Asam jawa Kiub ikan bilis Garam Telur 4 biji Cara cara Blend segala bawang dan cili kering. Before tu cili kering tu kena rendam air panas dulu. Then tumis sampai pecah minyak. Masukkan asam jawa dan kiub ikan bilis. Bagi aku bila masukkan kiub ikan bilis ni, rasa dia terus naik tau. Cubalah. Tambah air sikit then masukkan telur mata yang dah digoreng sebentar tadi. Gaul rata. Perasakan jika perlu. Siap

Sotong masak hitam

Image
Actually kenapa nama dia masak hitam? Sebab kita pakai dakwat sotong tu sendiri. Aku tak tambah kicap. Resepi ni aku guna sos tiram je. Bahan bahan 8 ketul sotong Bawang besar 1 biji Cili padi 5-6 batang ikut tahap kepedasan Kentang 1 biji Kunyit Garam Sos tiram 3-4 sudu Cara cara Lumur sotong dengan garam kunyit then masak atas kuali. Make sure kau masak tanpa ada minyak. Then bila sotong keluarkan air kau angkat keluar sotong. Tambah minyak dan masak kejap air sotong tu sampai agak kering, barulah goreng kentang pulak. Then masukkan bawang dan cili  padi. Then last sekali tambah sos tiram, rasa lah cukup masin manis ke apa ke then lastly, masukkan sotong. Goreng sampai sebati dan kuah jadi pekat.

Lala rebus serai

Image
Bahan bahan Lala 2-3 genggam Sos tiram 3 sudu Garam secukup rasa Gula merah 1 sudu Bawang merah 2 ulas Bawan putih 3 ulas Serai 2 batang Halia 2cm Cara cara Masukkan semuaa bahan dalam periuk dan biarkan sampai lala masak. Senang tak senang? Siap. Perasakan kalau ada yang tak cukup lagi.

Buah NamNam/katak puru

Image
Ahhaha buah katak puru atau buah Nam Nam. First time aku makan ni. Cicah dengan serbuk asam boi and serbuk garam cili. Terbaik boh.

Mango milkshake

Image
Cuaca panas pekena hat nii memang tak berhenti teguk hahah Mangga separuh biji Susu pekat manis 2-3 sudu Ais ikut suka banyak mana Susu cair 120ml agak-agak Air masak agak-agak banyak mana Blend semua. Pufff siap. Hias sikit dengan mangga atas dia. Gitulah rupanyaa.

Ayam goreng kunyit simple

Image
Dulu aku pernah post dah ayam goreng kunyit kot. Tapi ni simple nak mati lah. Bahan bahan Ayam bahagian isi/mana-mana bahagian lah Kunyit Garam Minyak Bawang Cili merah Carrot Cara cara Lumur ayam dengan kunyit and garam Goreng atas api sampai masak, nampak garing-garing tu ok lah. Then masukkan bawang, carrot dan cili. Ayam dah goreng tadi ketepikan. Biar masak sampai bawang tu layu sikit, then gaul sebati ayam goreng and bawang. Siap.. kau makan la dengan nasi panas and tambah kicap cili picit fuh.

Ketam masak sambal

Image
Lamaaaaaa gila tak update blog. Bukannya aku tak masak. Setiap hari aku masak tapi aku tak sempat nak menulis blog pon. So to keep it short, lets Ini cara aku masak okay. Kang kau tanya kenapa tak itu, tak ini, malas nak layan. Bahan bahan Ketam 2 ekor belah dua Cili kering 15 batang Bawang merah 5 biji Bawang besar 1 biji (separuh blend, separuh potong nipis) Bawang putih 3 ulas Serai 2 batang Asam jawa Garam Kiub ikan bilis Cara cara Blend segala bawang dan cili. Tumis dengan minyak sampai pecah minyak. Then masuk asam jawa, kiub ikan bilis, serai Tambah air sikit, then masuk garam. Rasalah. Kalau ada terkurang masin ke, nak manis ke tambah lah ye. Masukkan ketam. Biar masak. Siap...

Nasi goreng telur orang bujang

Image
Eh eh bujang lagi. Hahaha kan aku kata, sebab bahan memasak yang terhad, bujang jelah jawabnya. Bahan bahan Nasi sejuk 2 mangkuk Telur 2 biji Bawang putih 4 ulas Bawang merah 2 biji Kiub ayam separuh Garam Cara cara Tumis bawang sampai naik bau. Then masukkan kiub ayam. Then pecahkan telur sebiji sebijii ke dalam kuali. Biarkan agak masak baru gaul sebati semua bahan. Tambah garam sikit. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata. Siap. P/s: ini favourite anak aku

Bihun goreng bujang

Kenapa bihun goreng bujang? Kan dah kahwin kena bihun goreng kahwin la. Hahaha ini semua sebab bahan terhad tapi nak makan juga so buat dengan apa yang ada. Bahan bahan Bihun cap jasmine 1 peket 2 peket pes bihun goreng adabi 1 bawang besar ( dikisar halus) 4 bawang putih Isi ayam 1 tupperware bulat transparent tu Sos cili 2-3 sudu besar Kicap 1-2 sudu besar Sos tiram 1-2 sudu besar Carrot 1/2 batang (potong dadu) Cara cara Rendam bihun siap siap dan ketepikan. Tumis bawang sampai wangi dan masukkan pes bihun goreng. Masak sampai naik minyak. Masukkan ayam. Masak sekejap then masukkan air. Bubuh semua sos then gaul sebati. Masukkan carrot. Akhir sekali masukkan bihun then gaul rata sampai sedikit kering. Sebab tadi aku tambah air. So nak bagi air tu kering dan bihun lembut. Kalau rasa dah okay then tak payah tambah garam/gula. Ok bye.

Cucur carrot/lobak merah

Hari tu aku buat jus carrot susu. Then bila tapis hampas dia tu tak kan lah nak buang? Membazir beb. So aku buat cucur kat anak aku. Bahan bahan Hampas carrot ( ni after blend tu dia hancur. Aku pakai 3 carrot) Tepung gandum 5 sudu besar Air 5-6 sudu besar Secubit garam Gula sikit Cara cara Gaul semua bahan hingga sebati. Ceduk pakai sudu then masukkan dalam kuali, minyak yang panas. Goreng sampai garing dan kuning. Angkat dan toskan. Siap. P/s: Anggaran bahan aku pakai tu ikut suka je sebenarnya. Kalau nak buat macam cucur manis tu, lebihkan tepung gandum so that adunan kau likat and senang bentuk. Aku buat adunan macam medium cair hahah so kena ceduk pakai sudu la.

Nasi daging

Image
Ini resepi nasi sahaja. Biasanya kalau aku masak nasi daging ni aku akan masak sup ayam/daging, ayam/daging goreng kunyit, begerdil daging dan sambal belacan. So kita tengok resepi nak masak nasi Bahan bahan Beras faiza 2 cawan Susu cair 3/4 tin 4 cawan air sup (so before masak nasi aku akan buat sup daging dulu sebab nak pakai air dia) Rempah kurma 2 sudu besar 3 sekawan rempah 1 inch halia 1 biji bawang besar 2 serai 2 daun pandan Minyak 2 sudu ( boleh guna mentega or minyak sapi kalau ada) Cara cara Tumis 3 sekawan rempah dengan bawang, halia, serai dalam kuali. Then masukkan rempah kurma. Gaul. Then masukkan beras. Gaul sebati. Tambah susu cair. Masukkan daun pandan. Perasakan dengan garam sikit. Last sekali transfer ke dalam periuk nasi. Masukkan 4 cawan sup. ( ikut sukatan jenis beras kau pakai) Perasakan garam/gula. Tekan "cooking" and tunggu nasi masak.

Puding kastard

First time aku try buat puding ni and aku repeat buat lagi sebab sedap okayy.  Bahan bahan 1 tin susu cair 3-4 sudu besar tepung kastart 1/2 tin susu pekat ( kurangkan kalau tak suka manis) Biskut merry  Serbuk milo 2-3 cawan air Cara cara Satukan tepung kastard dengan air, susu cair dan susu pekat. Kacau sampai sebati.  Letak atas api dan kacau perlahan. Sampai mendidih. Dannnn sampai pekat. (Maksud kepekatan di sini ialah bila kau angkat campuran kastard tu dia mengalir tak laju tak perlahan hahaha fahamkan saje ye) Then kau tuang dalam bekas. Selang selikan dengan biskut merry.  Last sekali tabur milo atas tu. Hiasan je ni. Masukkan dalam peti ais. Biar sejuk baru sedap makan. Ok siap. Bye.

Sup telur campur fuchuk

Helloooo semua. Rasa macam lama sangat tak update. Baru melahirkan anak kedua so berehat lama dari menulis resepi-resepi. Masak je setiap hari cuma tak update di sini. So kali ni simple resepi je. Bahan bahan Telur 2 biji Bawang putih 3 ulas Bawang merah 2 ulas Kiub ayam 1 ketul Halia 1 inch Fuchuk secukupnya. (Actually aku tak tau korang panggil apa kepingan ni) Potato 1 biji Air masak 1 1/2 cawan Daun sup 2 batang Garam gula secukupnya Cara cara Tumis bawang putih and bawang merah serta halia Then masukkan air. Masukkan kiub ayam. Then potato. Bagi lembut dulu. Then baru masukkan telur ( aku pecahkan sebiji tu masuk dan tak kacau. Biar je) Masukkan pula sekeping fuchuk. Last sekali masuk daun sup. Perasakan dengan garam or gula jika perlu. Siap. Bye