Posts

Showing posts from February, 2018

Nasi goreng telur orang bujang

Image
Eh eh bujang lagi. Hahaha kan aku kata, sebab bahan memasak yang terhad, bujang jelah jawabnya. Bahan bahan Nasi sejuk 2 mangkuk Telur 2 biji Bawang putih 4 ulas Bawang merah 2 biji Kiub ayam separuh Garam Cara cara Tumis bawang sampai naik bau. Then masukkan kiub ayam. Then pecahkan telur sebiji sebijii ke dalam kuali. Biarkan agak masak baru gaul sebati semua bahan. Tambah garam sikit. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata. Siap. P/s: ini favourite anak aku

Bihun goreng bujang

Kenapa bihun goreng bujang? Kan dah kahwin kena bihun goreng kahwin la. Hahaha ini semua sebab bahan terhad tapi nak makan juga so buat dengan apa yang ada. Bahan bahan Bihun cap jasmine 1 peket 2 peket pes bihun goreng adabi 1 bawang besar ( dikisar halus) 4 bawang putih Isi ayam 1 tupperware bulat transparent tu Sos cili 2-3 sudu besar Kicap 1-2 sudu besar Sos tiram 1-2 sudu besar Carrot 1/2 batang (potong dadu) Cara cara Rendam bihun siap siap dan ketepikan. Tumis bawang sampai wangi dan masukkan pes bihun goreng. Masak sampai naik minyak. Masukkan ayam. Masak sekejap then masukkan air. Bubuh semua sos then gaul sebati. Masukkan carrot. Akhir sekali masukkan bihun then gaul rata sampai sedikit kering. Sebab tadi aku tambah air. So nak bagi air tu kering dan bihun lembut. Kalau rasa dah okay then tak payah tambah garam/gula. Ok bye.

Cucur carrot/lobak merah

Hari tu aku buat jus carrot susu. Then bila tapis hampas dia tu tak kan lah nak buang? Membazir beb. So aku buat cucur kat anak aku. Bahan bahan Hampas carrot ( ni after blend tu dia hancur. Aku pakai 3 carrot) Tepung gandum 5 sudu besar Air 5-6 sudu besar Secubit garam Gula sikit Cara cara Gaul semua bahan hingga sebati. Ceduk pakai sudu then masukkan dalam kuali, minyak yang panas. Goreng sampai garing dan kuning. Angkat dan toskan. Siap. P/s: Anggaran bahan aku pakai tu ikut suka je sebenarnya. Kalau nak buat macam cucur manis tu, lebihkan tepung gandum so that adunan kau likat and senang bentuk. Aku buat adunan macam medium cair hahah so kena ceduk pakai sudu la.

Nasi daging

Image
Ini resepi nasi sahaja. Biasanya kalau aku masak nasi daging ni aku akan masak sup ayam/daging, ayam/daging goreng kunyit, begerdil daging dan sambal belacan. So kita tengok resepi nak masak nasi Bahan bahan Beras faiza 2 cawan Susu cair 3/4 tin 4 cawan air sup (so before masak nasi aku akan buat sup daging dulu sebab nak pakai air dia) Rempah kurma 2 sudu besar 3 sekawan rempah 1 inch halia 1 biji bawang besar 2 serai 2 daun pandan Minyak 2 sudu ( boleh guna mentega or minyak sapi kalau ada) Cara cara Tumis 3 sekawan rempah dengan bawang, halia, serai dalam kuali. Then masukkan rempah kurma. Gaul. Then masukkan beras. Gaul sebati. Tambah susu cair. Masukkan daun pandan. Perasakan dengan garam sikit. Last sekali transfer ke dalam periuk nasi. Masukkan 4 cawan sup. ( ikut sukatan jenis beras kau pakai) Perasakan garam/gula. Tekan "cooking" and tunggu nasi masak.

Puding kastard

First time aku try buat puding ni and aku repeat buat lagi sebab sedap okayy.  Bahan bahan 1 tin susu cair 3-4 sudu besar tepung kastart 1/2 tin susu pekat ( kurangkan kalau tak suka manis) Biskut merry  Serbuk milo 2-3 cawan air Cara cara Satukan tepung kastard dengan air, susu cair dan susu pekat. Kacau sampai sebati.  Letak atas api dan kacau perlahan. Sampai mendidih. Dannnn sampai pekat. (Maksud kepekatan di sini ialah bila kau angkat campuran kastard tu dia mengalir tak laju tak perlahan hahaha fahamkan saje ye) Then kau tuang dalam bekas. Selang selikan dengan biskut merry.  Last sekali tabur milo atas tu. Hiasan je ni. Masukkan dalam peti ais. Biar sejuk baru sedap makan. Ok siap. Bye.

Sup telur campur fuchuk

Helloooo semua. Rasa macam lama sangat tak update. Baru melahirkan anak kedua so berehat lama dari menulis resepi-resepi. Masak je setiap hari cuma tak update di sini. So kali ni simple resepi je. Bahan bahan Telur 2 biji Bawang putih 3 ulas Bawang merah 2 ulas Kiub ayam 1 ketul Halia 1 inch Fuchuk secukupnya. (Actually aku tak tau korang panggil apa kepingan ni) Potato 1 biji Air masak 1 1/2 cawan Daun sup 2 batang Garam gula secukupnya Cara cara Tumis bawang putih and bawang merah serta halia Then masukkan air. Masukkan kiub ayam. Then potato. Bagi lembut dulu. Then baru masukkan telur ( aku pecahkan sebiji tu masuk dan tak kacau. Biar je) Masukkan pula sekeping fuchuk. Last sekali masuk daun sup. Perasakan dengan garam or gula jika perlu. Siap. Bye