Assalamualaikum. Last aku menulis adalah pada tahun 2023. Kini kita dah berada dalam bulan ramadan tahun 2025 dan aku sangat bersyukur diberi kesempatan umur yang panjang untuk terus beribadah di atas muka bumi ini. Untuk menu berbuka hari ini aku masak nasi daging. Gu kan dengan air asam kerisik, memang bertambah nasi. Husband aku approve resepi ini. So jom kita tengok bahan-bahannya. Bahan-bahan yang perlu potong nipis Tomato 2 Bawang merah 2 Cili merah 1 Blend bahan di bawah -cili merah 3 -cili padi 6 -kerisik 2 sudu besar -asam jawa paste 1 sudu besar -belacan 1 sudu besar -garam 2 sudu kecil -ajinomoto 1 sudu kecil -air panas sikit Sekalikan semua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk besar dan gaul sebati. Siap lah.
Assalamualaikum. Hujan dari pagi, pukul 1pm baru berhenti. Sejuk je cuaca hari ni. Kalau ikutkan bila cuaca macam ini, kita akan rasa nak makan je. Atau nak tidur je kan. Pagi tadi aku plan nak masak tomyam campur tapi hujan pula, malas nak keluar ambil serai dan daun limau purut. Makanya, terjadi lah menu hari ini. Sepantas 15 minit sahaja guys. Jom tengok cara masakan. Bahan bahan Udang (20 ekor size sederhana) Bawang merah (5 biji) Bawang putih (3 ulas) Halia (2 inch) Rempah kari daging (2 sudu) Rempah kari ikan (2 sudu) Santan kotak (1/2 kotak) Asam keping (1 keping) Tomato (1 biji belah 4) Cili hijau (1 batang) Cara cara Blend halia, bawang putih dan bawang merah. Bancuh rempah kari daging dan ikan dengan 1 cawan air. Gaul sebati. Ketepikan dulu. Tumis bahan blend sehingga naik bau. Masukkan rempah yang dibancuh dengan air tadi. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping. Masukkan santan dan air 1 cawan. Kalau rasa nak cair, tambah 1/2 cawan lagi. Bia...
Assalamualaikum. Dessert yang aku jarang nak buat sebab aku tak minat pun apa-apa puding berasaskan roti tapi kali ini tekak aku approve pula. Jom tengok bahan-bahannya. Bahan-bahan puding roti -Roti gardenia 6 keping carik-carikkan -susu dutch lady 2 cawan -gula merah 1/2 cawan -telur 2 biji -esen vanilla 1 penutup -kurma 5 biji (asingkan biji dan potong nipis) Masukkan semua bahan kecuali roti dan kacau sebati. Masak atas dapur sehingga berbuih sedikit. Tutup api. Ketepikan dahulu. Di dalam loyang 6 inch, susun layer pertama roti yang dicarikkan. Sapu nutella pada permukaan roti lapisan kedua (ini option). Tuang kuah puding roti sehingga menutup kesemua roti. Susun lapisan ketiga dan tuang lagi kuah puding roti. Tabur kurma yang dihiris nipis. Susun lapisan keempat roti dan tuang semua kuah puding roti dan tabur kesemua kurma di atasnya. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit menggunakan teknik 'water bath' . ' Water bath' adalah teknik ...