Salam 2020 Hari ni ramadhan ke 21. Disebabkan dalam peti ais tu ada ikan selayang and ikan kembung comel-comel je saiz dia so aku decide nak buat keropok lekor la untuk anak-anak. Bahan bahan Ikan kembong 6 ekor Tepung ubi 1 1/2 cawan Garam 1 sudu kecil Lada hitam secubit Ajinomoto secubit Cara cara Rebus ikan kembong dulu then ambil isi dia sahaja Then blend dengan ice cubes 3 cubes camtu. Tujuannya untuk elak isi ikan tu terburai. At least ada ice cubes tu dia jadi macam mampat lah isinya. Masukkan dalam besen dan campurkan dengan tepung ubi serta tepung gandum. Perasakan. Uli sehingga menjadi doh. Kalau macam tak melekat doh tu, masih terburai isi ikan, tambahlah air sejuk sikit. Buat doh panjang-panjang macam keropok lekor tu. Didihkan air then masukkan keropok lekor tu. Bila dah timbul baru angkat dan toskan. Boleh terus goreng untuk santapan dan boleh frozenkan sahaja. Siap
Yang ini ratah cicah dengan air asam or sambal belacan pun dah cukup sedap. Bahan bahan Serai (2 batang) Halia (sebesar ibu jari) Bawang putih (2 ulas) Cili padi (4-5 tangkai) Lala (1 kilo) Cara cara Ketuk halia, serai dan bawang putih. Cili pun kau ketuk jelah senang. Masukkan semua dalam air yang dah bubuh lala. Bubuh la air secukupnya sampai tenggelam lala. Tambah garam dalam 3 sudu ke kan. Masak sampai lala terbuka mempamirkan diri dia di sebalik hijab cengkerang. Siap. Ok bye.
Assalamualaikum. Dessert yang aku jarang nak buat sebab aku tak minat pun apa-apa puding berasaskan roti tapi kali ini tekak aku approve pula. Jom tengok bahan-bahannya. Bahan-bahan puding roti -Roti gardenia 6 keping carik-carikkan -susu dutch lady 2 cawan -gula merah 1/2 cawan -telur 2 biji -esen vanilla 1 penutup -kurma 5 biji (asingkan biji dan potong nipis) Masukkan semua bahan kecuali roti dan kacau sebati. Masak atas dapur sehingga berbuih sedikit. Tutup api. Ketepikan dahulu. Di dalam loyang 6 inch, susun layer pertama roti yang dicarikkan. Sapu nutella pada permukaan roti lapisan kedua (ini option). Tuang kuah puding roti sehingga menutup kesemua roti. Susun lapisan ketiga dan tuang lagi kuah puding roti. Tabur kurma yang dihiris nipis. Susun lapisan keempat roti dan tuang semua kuah puding roti dan tabur kesemua kurma di atasnya. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit menggunakan teknik 'water bath' . ' Water bath' adalah teknik ...