Nasi daging

Ini resepi nasi sahaja. Biasanya kalau aku masak nasi daging ni aku akan masak sup ayam/daging, ayam/daging goreng kunyit, begerdil daging dan sambal belacan.

So kita tengok resepi nak masak nasi

Bahan bahan

Beras faiza 2 cawan
Susu cair 3/4 tin
4 cawan air sup (so before masak nasi aku akan buat sup daging dulu sebab nak pakai air dia)
Rempah kurma 2 sudu besar
3 sekawan rempah
1 inch halia
1 biji bawang besar
2 serai
2 daun pandan
Minyak 2 sudu ( boleh guna mentega or minyak sapi kalau ada)

Cara cara

Tumis 3 sekawan rempah dengan bawang, halia, serai dalam kuali.

Then masukkan rempah kurma. Gaul. Then masukkan beras. Gaul sebati.

Tambah susu cair. Masukkan daun pandan. Perasakan dengan garam sikit.

Last sekali transfer ke dalam periuk nasi. Masukkan 4 cawan sup. ( ikut sukatan jenis beras kau pakai)

Perasakan garam/gula.

Tekan "cooking" and tunggu nasi masak.




Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili