Donut special

Salam 2020
PKP day 31 hari ni guys.

So hari ni aku dan anak-anak buat donut simple. Anak-anak aku yang bentukkan donut ni ye.

So lets tengok bahan-bahan dulu

Bahan-bahan

Bahan A

Tepung gandum 4 cawan (cawan yang hidang air teh tu)
Mentega 3 sudu
Baking powder 2 sudu
Garam 2 sudu

Bahan B

Yis 1peket
Susu pekat manis 2 sudu
Gula 2 sudu
Air suam 1 1/2 cawan


Cara cara

First kita settlekan bahan B

Mix kan yis dengan air suam. Kacau sampai hilang ketul-ketul

Then masukkan gula and susu pekat manis. Kacau rata then ketepikan. Biarkan 20 min camtu.

Biar sampai kembang yis tu.



Then kau satukan bahan A dan gaul rata sampai jadi macam serbuk roti tapi takde lah macam serbuk sangat. Cuma gaul sehingga sebati.

Selepas 20 minit tu, kau tengok yis kau dah kembang kan, kau masukkan yis tu ke dalam adunan tepung tu guys. Adun sebati sampai tak melekit kat tangan.


Biarkan setengah jam. Tunggu doh tu kembang. Aku letak bawah tudung saji je.




Okay bila doh dah kembang kau pukul-pukul la untuk buang angin dari doh tu. Then uli doh tu sekejap sampai dah tak melekat kat tangan.

Then kau buat doh bulat-bulat and leperkan sikit then buat lubang kat tengah. Alaa macam bentuk donut tu lah ye.

Jangan lah pelik bentuk gini sebab ni hasil tangan anak aku guys.

Panaskan minyak, bila minyak panas, masukkan doh donut tu. Biar kembang then balikkan. Angkat dan toskan.

Ulang lah berapa banyak kali sampai settle semua doh

Donut tu hias dengan gula la. Or kau nak makan dengan coklat topping pun boleh lah.

Suka lah anak-anak aku makan. Rupa tak ada janji rasa sedap ye

Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili