"Nasi lemak" baby

Salam semua.

Lama tak bersiaran dalam blog sendiri. Sebabnya balik-balik aku masak benda yang sama je. Jadi, nak menulis pun macam ulang resepi sama juga hahahah. 

Tapi hari ni aku nak share resepi untuk baby. Nasi lemak baby. Nama nasi lemak sebab rasa dia macam nasi lemak. Aku share cara aku masak nasi dia sahaja, sebab sambal-sambal tu aku tak introduce lagi kat dia. Okay guys jangan kecam nasi lemak ni. Sebab aku memang masak style aku, untuk baby. Simple saja.

Bahan bahan

Beras segenggam
Halia 2 cm
Halba secubit
Daun pandan 1 helai
Potato 1 biji
Ayam 5 hiris
Bawang putih 2 ulas

Cara cara

Campak sahaja semua dalam periuk and biarkan masak. Tambah minyak masak sikit. 

Bila nasi dah masak tu, masukkan sayur sawi hiris nipis.

Siap. 





Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili