Posts

Puding roti kuah kastard

Image
 Assalamualaikum. Dessert yang aku jarang nak buat sebab aku tak minat pun apa-apa puding berasaskan roti tapi kali ini tekak aku approve pula.  Jom tengok bahan-bahannya. Bahan-bahan puding roti -Roti gardenia 6 keping carik-carikkan -susu dutch lady 2 cawan -gula merah 1/2 cawan -telur 2 biji -esen vanilla 1 penutup -kurma 5 biji (asingkan biji dan potong nipis) Masukkan semua bahan kecuali roti dan kacau sebati. Masak atas dapur sehingga berbuih sedikit. Tutup api. Ketepikan dahulu. Di dalam loyang 6 inch, susun layer pertama roti yang dicarikkan.  Sapu nutella pada permukaan roti lapisan kedua (ini option).  Tuang kuah puding roti sehingga menutup kesemua roti.  Susun lapisan ketiga dan tuang lagi kuah puding roti. Tabur kurma yang dihiris nipis. Susun lapisan keempat roti dan tuang semua kuah puding roti dan tabur kesemua kurma di atasnya.  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit menggunakan teknik 'water bath' . ' Water bath' adalah teknik ...

Air asam kerisik

Image
 Assalamualaikum. Last aku menulis adalah pada tahun 2023. Kini kita dah berada dalam bulan ramadan tahun 2025 dan aku sangat bersyukur diberi kesempatan umur yang panjang untuk terus beribadah di atas muka bumi ini.  Untuk menu berbuka hari ini aku masak nasi daging. Gu kan dengan air asam kerisik, memang bertambah nasi. Husband aku approve resepi ini. So jom kita tengok bahan-bahannya.  Bahan-bahan yang perlu potong nipis Tomato 2  Bawang merah 2 Cili merah 1 Blend bahan di bawah -cili merah 3  -cili padi 6 -kerisik 2 sudu besar -asam jawa paste 1 sudu besar -belacan 1 sudu besar -garam 2 sudu kecil -ajinomoto 1 sudu kecil -air panas sikit  Sekalikan semua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk besar dan gaul sebati.  Siap lah. 

Telur goreng masak taucu

Image
 Assalamualaikum.   Lama sangat tak menulis di blog sendiri. Sampaikan tercari-cari cara nak login semula. Gawat sungguh.  So hari ini aku nak share cara aku masak telur goreng kuah taucu.  Bahan-bahan Bawang besar 2 biji Bawang putih 5 ulas Cili padi 5 biji Pes taucu 1 peket Telur mata goreng 4 biji Cara-cara Hiris bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai naik bau.  Masukkan pes taucu dan air 2 cawan. Campak sekali cili padi. Biarkan mendidih. Masukkan telur goreng. Biarkan masak sekejap. Perasakan. Siap.

Gulai udang utara

Image
 Assalamualaikum. Hujan dari pagi, pukul 1pm baru berhenti. Sejuk je cuaca hari ni. Kalau ikutkan bila cuaca macam ini, kita akan rasa nak makan je. Atau nak tidur je kan. Pagi tadi aku plan nak masak tomyam campur tapi hujan pula, malas nak keluar ambil serai dan daun limau purut. Makanya, terjadi lah menu hari ini. Sepantas 15 minit sahaja guys. Jom tengok cara masakan. Bahan bahan Udang (20 ekor size sederhana) Bawang merah (5 biji) Bawang putih (3 ulas) Halia (2 inch) Rempah kari daging (2 sudu) Rempah kari ikan (2 sudu) Santan kotak (1/2 kotak) Asam keping (1 keping) Tomato (1 biji belah 4) Cili hijau (1 batang) Cara cara Blend halia, bawang putih dan bawang merah.  Bancuh rempah kari daging dan ikan dengan 1 cawan air. Gaul sebati. Ketepikan dulu. Tumis bahan blend sehingga naik bau. Masukkan rempah yang dibancuh dengan air tadi. Masak sehingga pecah minyak.  Masukkan asam keping.  Masukkan santan dan air 1 cawan. Kalau rasa nak cair, tambah 1/2 cawan lagi. Bia...

Ayam shitake chinese style

Image
Assalamualaikum. Hari ini rasa serba malas. Bila datang mood malas aku, memang aku rasa nak duduk je (tapi duduk dalam mimpi lah). Pagi tadi aku siapkan bekal untuk husband, then buat roti telur untuk anak-anak.  Aku panaskan singgang ikan husband aku masak semalam untuk lunch. So aku plan, lunch aku dan anak makan lauk itu.  Tapi anak kedua aku, Sufyan sebut nak makan nasi dengan ayam. Maka terjadilah menu chinese style ni hari ini.  Kekenyangan dah Sufyan makan nasi 2 senduk penuh. Jom tengok cara masakan.  Bahan bahan Ayam (potong kecil) Cendawan shitake (10 biji) Bawang putih (6 ulas) Halia (2 inch) Daun sup (3 batang) Sos tiram (2 sudu besar) Kicap manis (2-3 sudu besar) Serbuk blackpepper (1 sudu kecil) Minyak masak (2 sudu besar) Tomato cherry (4 biji) Cili kering (1 batang) Cara cara Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan.  Belah 4 cendawan shitake dan belah 2 tomato cherry. Hiris nipis halia, bawang putih, daun sup, cili kering Tumis halia, bawa...

Salad kentang simple

Image
Assalamualaikum.  Hari ini dah hari ke- 115 aku buat intermittent fasting. Total weight loss 15kg. Sekarang fasa maintainkan berat je. So aku  masih perlu jaga makan dan kurangkan pengambilan makanan manis. Cheat day memang ada. Kadang ke laut tapi kembali semula ke daratan. Jangan cheat day lama-lama nanti kau craving semula nak makan banyak.  So beberapa hari lepas aku buat salad untuk makan malam. Share dengan husband aku. Total weight loss husband aku setakat ni 5kg. Jauh lagi perjalanan dia, but dont worry..i will support you gituu.  Jom tengok bahan and cara buat salad kentang ni. Bahan bahan Kentang (3 biji) Tomato ceri (4 biji) Daun salad hijau campur ungu (5-6 helai) Ayamas chicken meatloft (2 keping) Isi ayam panggang (1 ketul sebesar penumbuk) Thousand island (2 sudu besar) Mayonis (1 sudu besar) Blackpepper (1 sudu kecil) Cara cara Rebus kentang sehingga lembut. Toskan dan buang kulit. Potong dadu ikut size nak makan sekali suap dalam mulut tu.  Masa...

Sambal telur pecah

Image
 Assalamualaikum. Dah berapa hari aku tak update blog? Konon busy. Nak update blog kena bertenang dan tanpa gangguan. Beberapa hari ni semua melekat je dengan aku, lagi-lagi si bongsu tu.  Hari ini baru ada masa. Taip laju-laju sementara dia nap. Memasak pun laju. Tapi guys, walaupun kau memasak laju tapi masakan tu haruslah sedap. Tak sedap nanti, nak makan tak bertambah pula hahaha. Mana diet kau ni baya.  So hari ni aku masak nasi lemak. Makan dengan sambal telur pecah ni. Jom tengok bahan bahan and cara masakannya. Bahan bahan *Cili kering (10 batang) *Bawang besar (1 biji) *Bawang putih (3 ulas) Asam keping (1 keping) Telur (2 biji) Cara-cara Rebus cili kering. Gunting cili kering tu. Buang biji. Toskan.  Blend semua bahan bertanda * Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga pecah minyak.  Masukkan asam keping dan air setengah cawan. Biar seketika. Perasakan sambal dengan garam+aji+gula jika perlu. Pecahkan dua biji telur ke dalam sambal. Biarkan masak...