Daging salai goreng kunyit

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan pukul 10.30am. Aku dah siap memasak untuk lunch and dinner. Anak-anak pun dah sarapan. So lepas ni mandikan anak-anak dan its me time kahkah. Aku ada masa untuk update blog pagi ni. Biasalah memang ini rutin harian seorang surirumah. 

Hari ni aku masak simple je. And kering-kering je menunya. Makan dengan kicap. Padu. 

Jom tengok bahan-bahan dan cara masakan.

Bahan-bahan

  • Daging salai (1 peket)
  • Kentang (2 biji)
  • Bawang putih (4-5 ulas)
  • Bawang holland (1/2 biji size sederhana)
  • Halia (1 inch)
  • Cili merah (1 batang)
  • Sos tiram (1 sudu)
  • Garam dan kunyit
  • Tomato (1 biji)
Cara-cara

  1. Goreng dahulu kentang dan daging salai yang digaul dengan garam dan kunyit. Toskan. Ketepikan. 
  2. Guna minyak yang sama untuk menggoreng tadi (guna sikit sahaja dalam 2 sudu makan). Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan kentang yang digoreng tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan sos tiram dan tomato. Gaul sebati. 
  5. Masukkan 1/4 cawan air. Biarkan seketika. Tutup api.
Siap.



Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili