Posts

Sup cendawan campur sawi

Image
Salam semua Hari ni nak share dengan korang semua cara nak masak sup cendawan campur sawi. Senang sangat menu ini. Tak sampai 5 minit dah siap. Bahan bahan Sawi  Cendawan  Ikan bilis (sejemput) Fishball (1 peket) Fishcake (2 ketul) Bawang putih 3 ulas Bawang merah 1 biji sederhana besar Cara cara Tumis bawang yang dihiris nipis sehingga naik bau  Masukkan fishball dan fishcake yang dipotong kecil. Biar seketika sehingga masak. Masukkan air secawan. Biar mendidih. Masukkan sawi dan cendawan. Tambahkan garam secukupnya. Biar mendidih sekejap. Tutup api. Siap.

Telur masin homemade

Image
Salam semua Hari ini 2 syawal. #pkpraya lah kita. Aku nak share cara buat telur masin menggunakan telur ayam. Sedap guys. Bahan bahan Telur ayam 20 biji Garam 1/2 kg Air masak 4-5 cawan Cara cara Masak air garam sehingga garam cair. Dah siap tu biarkan sejuk sebentar. Bila air garam dah sejuk, masukkan dalam tupperware dan letak lah dalam 8-9 biji telur dalam air garam tu Jumlah telur ikut lah size tupperware kau guna ye. Rendam selama 2 minggu ke atas baru boleh di makan. Nak makan nanti rebus je. Siap.

Tauhu berlauk

Image
Salam 2020 Hari ni ramadhan ke 30 dah. Hari terakhir berpuasa untuk tahun ni. Sejujurnya aku agak bersyukur dengan "stay home" ni. Tiada persekolahan, tiada waktu pejabat untuk suami dan paling best ialah ramadhan kali ni keluarga kecil kami tak pernah miss untuk memasak setiap hari sepanjang PKP which is rare la jugak sebab aku jarang memasak sebenarnya. Nama je ada blog memasak tapi nak memasak tu jarang lah. Dan sebenarnya lagi terasa kerana syawal tahun ni beraya di rumah sendiri and of course menu hari raya pun kena buat sendiri..Semoga baik-baik sahaja semuanya ya. Dah membebel panjang ni, jom aku tunjuk satu menu baru untuk diri aku juga sebab ini first time aku buat menu ni. Bahan bahan Tauhu basah 4 ketul Daging cincang ramly segenggam Telur 1 biji Daun sup Bawang holand Bawang goreng Garam Potato 2 biji Cara cara Goreng tauhu dan potato dahulu. Angkat dan lenyekkan.. Tumis bawang holand sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Goreng dagin...

Puri kentang dan brokoli campur sawi

Image
Salam 2020 Simple menu breakfast untuk Muhammad Harith hari ni. Potato and brokoli. Bahan bahan Brokoli Kentang 1 biji Sayur sawi 2 batang Cara cara Steam semua nya dan blend. Siap. Hehe senang. Dan untuk lunch aku just tambah nasi kita makan tu dalam puri anak. So akan lebih mengenyangkan lah. Blend nasi dengan puri. Biarkan texturenya likat ye.

Puri Nasi campur lobak dan kobis bunga

Image
Salam 2020 Mak aih tengok tajuk masakan pun panjang sangat kan. Tapi nak buatnya tu tak susah pun. Bayi 6 bulan kena makan puri dahulu. Biar dia belajar telan makanan. So hari tu aku bagi anak aku makan puri lobak campur kobis bunga. Struggle nya nampak dia nak telan makanan tu. Nampak sangat tak berminat anak oi. Maka hari ini aku cuba blend puri lobak dan kobis bunga tu dengan nasi. Btw aku guna nasi yang kita makan ni je. Boleh je mana-mana jenis beras pun asalkan makanan dia seimbang. So bila campur nasi, dia makan lah.. tekak melayu ye. Dan lagi satu, aku dah siap-siap  buat puri lobak merah dan kobis bunga tu and aku bekukan dalam acuan ice. So bila nak masak je aku ambil 1-2 cubes dan masukkan dalam masakan. Senang okay. Jom tengok cara masakannya, Bahan bahan Nasi 1 1/2 sudu besar Puri lobak 2 cube Puri kobis bunga 2 cube Baby food processor Cara cara Defrost puri lobak dan kobis bunga dalam baby food processor Then bila puri dah cair, pindahkan ke baha...

Lala masak lemak cili padi simple

Image
Salam semua Lala ni seafood favourite aku. Tak kisah la nak dibuat masakan apa sekalipun aku boleh bantai makan 1kg tu aku seorang je hadap okay. Masak lemak cili padi ni pula ada pelbagai cara masakan. Maklum lah style memasak yang berbeza mengikut negeri so bahan bahan yang digunakan juga berbeza. Aku tak kisah style negeri mana pun, yang penting sedap kat tekak aku dan paling penting tekak suami. Lets start.. Bahan bahan Lala 1 kg *kunyit hidup 2cm *lengkuas 2cm *bawang besar 1 biji *cili padi 8 biji (nak lebih pedas tambah lagi) *bawang putih 3 ulas *halia 2cm Asam jawa adabi 1/2 sudu kecil Serai 1 batang Daun kunyit 2 helai Santan kotak 1 Air 2 cawan Cara cara Blend semua bahan bertanda * Masukkan semua bahan blend tu ke dalam 2 cawan air dan biarkan mendidih Bila dah mendidih, masukkan lala dan santan 1 kotak. Kacau sentiasa Masukkan daun kunyit dihiris nipis Perasakan dengan garam dan gula. Siapppp. Senang sangat

Puri kurma dan kentang untuk baby

Image
Salam semua Since anak dah menginjak umur 6 bulan, perkara pertama mak ayah kena buat haruslah perkenalkan puri kepada baby. Tak kisah bubur nasi kosong, puri buah atau sayur. Texture makanan untuk baby 6 bulan haruslah cair dan tak berketul sebab baby baru belajar makan. Slowly nanti perkenalkan texture kasar kepada baby. Jadi aku nak share resepi puri yang mudah. Bahan bahan Kurma 3 biji Kentang 1 biji Baby Food processor Cara cara Aku guna baby food processor 2 in 1 dimana ia boleh digunakan untuk stim dan blend. Mula mula stimkan kentang dan kurma. Make sure buang kulit kentang dan biji kurma dulu. Selepas 15-20 minit stim, pindahkan ke bahagian blender tu. Blend sehingga halus. Siap disuap kepada baby. Kalau texture tu macam likat, boleh tambah air sikit. Byee.