Tauhu berlauk

Salam 2020

Hari ni ramadhan ke 30 dah. Hari terakhir berpuasa untuk tahun ni. Sejujurnya aku agak bersyukur dengan "stay home" ni. Tiada persekolahan, tiada waktu pejabat untuk suami dan paling best ialah ramadhan kali ni keluarga kecil kami tak pernah miss untuk memasak setiap hari sepanjang PKP which is rare la jugak sebab aku jarang memasak sebenarnya. Nama je ada blog memasak tapi nak memasak tu jarang lah. Dan sebenarnya lagi terasa kerana syawal tahun ni beraya di rumah sendiri and of course menu hari raya pun kena buat sendiri..Semoga baik-baik sahaja semuanya ya.

Dah membebel panjang ni, jom aku tunjuk satu menu baru untuk diri aku juga sebab ini first time aku buat menu ni.

Bahan bahan

Tauhu basah 4 ketul
Daging cincang ramly segenggam
Telur 1 biji
Daun sup
Bawang holand
Bawang goreng
Garam
Potato 2 biji

Cara cara

Goreng tauhu dan potato dahulu. Angkat dan lenyekkan..

Tumis bawang holand sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Goreng daging sampai masak, perasakan siap-siap. Angkat dan ketepikan.

Satukan semua bahan dalam 1 bekas

Bentukkan bulat-bulat.



Celupkan satu-satu ke dalam telur dan goreng

Goreng dalam minyak sederhana

Toskan.

Siap.

Aku tak sempat snap gambar selepas digoreng tu. Ngap ngap anak aku makan cicah dengan sos.

Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili