Puri kurma dan kentang untuk baby

Salam semua

Since anak dah menginjak umur 6 bulan, perkara pertama mak ayah kena buat haruslah perkenalkan puri kepada baby. Tak kisah bubur nasi kosong, puri buah atau sayur. Texture makanan untuk baby 6 bulan haruslah cair dan tak berketul sebab baby baru belajar makan. Slowly nanti perkenalkan texture kasar kepada baby. Jadi aku nak share resepi puri yang mudah.

Bahan bahan

Kurma 3 biji
Kentang 1 biji
Baby Food processor

Cara cara

Aku guna baby food processor 2 in 1 dimana ia boleh digunakan untuk stim dan blend.

Mula mula stimkan kentang dan kurma. Make sure buang kulit kentang dan biji kurma dulu.

Selepas 15-20 minit stim, pindahkan ke bahagian blender tu. Blend sehingga halus.

Siap disuap kepada baby. Kalau texture tu macam likat, boleh tambah air sikit.

Byee.


Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili