Posts

Daging salai goreng kunyit

Image
Assalamualaikum. Jam menunjukkan pukul 10.30am. Aku dah siap memasak untuk lunch and dinner. Anak-anak pun dah sarapan. So lepas ni mandikan anak-anak dan its me time kahkah. Aku ada masa untuk update blog pagi ni. Biasalah memang ini rutin harian seorang surirumah.  Hari ni aku masak simple je. And kering-kering je menunya. Makan dengan kicap. Padu.  Jom tengok bahan-bahan dan cara masakan. Bahan-bahan Daging salai (1 peket) Kentang (2 biji) Bawang putih (4-5 ulas) Bawang holland (1/2 biji size sederhana) Halia (1 inch) Cili merah (1 batang) Sos tiram (1 sudu) Garam dan kunyit Tomato (1 biji) Cara-cara Goreng dahulu kentang dan daging salai yang digaul dengan garam dan kunyit. Toskan. Ketepikan.  Guna minyak yang sama untuk menggoreng tadi (guna sikit sahaja dalam 2 sudu makan). Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan daging dan kentang yang digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan sos tiram dan tomato. Gaul sebati.  Masukkan 1/4...

Thai Basil Chicken

Image
 Assalamualaikum. Wah hebat betul nama menu kali ni. Bunyi dah hebat, apatah lagi rasa dia. Melayunya, Pad Kra Pow ayam. Senang sangat nak masak ni. Makan dengan telur mata kerbau and cili kicap, allahu kau tengah diet pun terus berpura-pura tak tahu diet tu apa ye. Sedap guys, kena try. Aku masak ni untuk anak-anak sekali so tak pedas lah. Kalau nak pedas letak cili padi sekali masa memasak tu lagi kau tak tengok kiri kanan time makan. Jom tengok cara masaknya. Bahan-bahan Isi ayam ( sebesar tapak tangan) Daun basil (secukupnya) Tomato ( 1 biji) Cili merah (1 biji) Carrot (1/2 biji) Bawang putih (5 ulas) Bawang besar (1 biji size sederhana) Sos tiram (2 sudu besar) Sos blackpepper (2 sudu besar) Kicap manis (2 sudu besar) Cara-cara Kisar isi ayam dalam chopper. Boleh je nak hiris kecil-kecil tapi aku nak cepat so masuk chopper je.  Hiris kecil carrot, potong 4 tomato, hiris nipis bawang putih dan bawang merah. Ketepikan carrot dan tomato dulu. Tumis semua bawang sehingga naik...

Apam Nasi gebu gebas

Image
 Assalamualaikum guys. Hari tu aku beli pengukus. Periuk atas dapur tu je. Mudah and praktikal kegunaannya. Tak perlu nak tekan button apa-apa, buka api dapur je, didih air dalam pengukus, hah kukus lah apa kau nak kukus. Birthday Harith awal bulan 11 hari tu aku buatkan dia apam nasi as a birthday cake lah. Konon kelainan. Mudah juga buat apam rupanya. Selama ni aku ingat renyah lah sangat.  Jom tengok bahan-bahan dan cara buat apam nasi! Bahan-bahan Nasi (2 cawan) Tepung beras (2 cawan) Tepung gandum (1 1/2 cawan) Gula (3/4 cawan) Daun pandan (4 helai) -blend ambil airnya 2 cawan Pewarna merah Yis mauripan (1 sudu) Minyak masak  Cara-cara Blend daun pandan dengan 2 1/2 cawan air. Guna air daun pandan tu dan blend nasi. Ketepikan dahulu. Ayak tepung gandum dan tepung beras dalam mangkuk. Masukkan yis sekali.  Tuang nasi yang dah di blend tadi ke dalam mangkuk berisi tepung itu. Gaul sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bekas. Titis warna merah ke dalam bekas pertama. I...

Bihun goreng ala kadar

Image
 Assalamualaikum. Terasa lama benar aku tak menulis blog resepi aku ni. Bukan aku taknak tulis tapi ada hari aku tak memasak pun. Ada hari aku memasak benda yang sama je dan dah ada tertulis dalam blog dah pun. Jadinya, begitulah ceritanya. Hari ni anak aku si sufyan minta aku masakkan bihun goreng. Aku belek dapur tu, segala bawang merah/besar/putih habis. Cili merah pun tak ada. Ada kobis bunga dan ikan bilis. Sos semua ada. Ada sosej, carrot. Ha jalan jelah. Jom tengok resepi dia. Bahan bahan Bihun 1 bungkus Ikan bilis segenggam Kobis bunga sebesar penumbuk Sosej 2 batang Carrot 1/2 batang Minyak masak 1 senduk Sos cili 3 sudu besar Kicap manis 4 sudu besar Sos tiram 2 sudu besar Kiub ayam 1 kiub Telur 1 biji Cara cara  Rendam bihun dalam bekas berisi air panas. Ketepikan. Panaskan minyak masak dalam kuali Blend lumat ikan bilis dan kobis bunga. Tumis hingga agak garing.  Masukkan sosej dan carrot yang dipotong kecil. Biarkan masak seketika. Masukkan segala sos dan kiu...

Sup kaki lembu

Image
Salam semua. Sihat ke? Dah beberapa hari aku lalui Intermittent Fasting. Aku buat 16 jam puasa, kadang-kadang 20 jam. Masih a long way to go kata orang. So hari ni aku masak sup kaki lembu untuk husband. Aku makan apa? Makan tu jugak lah hahahah. Tak ada 'eat clean' pun. Cuma aku makan nasi sekali sehari je dan diet kira calorie. Jom tengok cara aku masak.  Bahan bahan Kaki lembu 2 ketul Pes sup siam adabi Bawang merah 2 biji Bawang putih 3 ulas Halia 2 inch Daun sup 1 tangkai Carrot 1/2 batang Cara cara Rebus kaki lembu sampai lembut. Aku guna pressure cooker, 30 minit je. Tumis bawang merah, putih dan halia sampai layu.  Masukkan pes sup siam dan tumis sampai pecah minyak.  Masukkan air 2-3 cawan dan kaki lembu.  Rebus seketika. Masukkan carrot. Biar 2-3 minit.  Masukkan daun sup. Perasakan dengan garam dan aji jika perlu.  Siap.

Roti Sardin celup telur

Image
Salam semua.  Aku nak share menu breakfast yang cepat dan pantas ni. Mudah je.  Bahan bahan Roti gardenia Sardin tin brand ayamas Mayonis Serbuk blackpepper Telur Cara cara Campurkan sardin dengan mayonis. Lenyekkan ikan sardin dan kacau sebati bersama mayonis. Letakkan sesudu di atas roti dan lipat dua. Celup roti dalam telur. Goreng dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Ulang sampai siap.

Lala masak halia pedas

Image
Salam semua. Dah lama tak menulis. Lately ni tak sempat pun nak menulis. Banyak kerja lain kena settlekan. So bila dah ada masa ni jom lah aku share menu baru yang simple ini. Aku suka lala, rebus sahaja pun dah sedap. Jom tengok cara aku masak kali ni. Bahan bahan Lala 1/2 kilo Halia 4 inch Serai 2-3 batang *Cili merah 2 biji *Cili padi 5 biji *Bawang merah 2 biji *Bawang putih 4 ulas Sos tiram 2 sudu besar Kicap 1 sudu besar Cara cara Kisar bahan bertanda * dan tumis bersama serai dan halia sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kicap serta 1/4 cawan air Masukkan lala dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (option) Biar masak sebentar. Siap.