Lala masak halia pedas

Salam semua.

Dah lama tak menulis. Lately ni tak sempat pun nak menulis. Banyak kerja lain kena settlekan. So bila dah ada masa ni jom lah aku share menu baru yang simple ini. Aku suka lala, rebus sahaja pun dah sedap. Jom tengok cara aku masak kali ni.

Bahan bahan

Lala 1/2 kilo
Halia 4 inch
Serai 2-3 batang
*Cili merah 2 biji
*Cili padi 5 biji
*Bawang merah 2 biji
*Bawang putih 4 ulas
Sos tiram 2 sudu besar
Kicap 1 sudu besar

Cara cara

Kisar bahan bertanda * dan tumis bersama serai dan halia sampai pecah minyak.

Masukkan sos tiram dan kicap serta 1/4 cawan air

Masukkan lala dan gaul sebati.

Perasakan dengan garam dan ajinomoto (option)

Biar masak sebentar.

Siap.



Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili