Gulai udang utara

 Assalamualaikum.

Hujan dari pagi, pukul 1pm baru berhenti. Sejuk je cuaca hari ni. Kalau ikutkan bila cuaca macam ini, kita akan rasa nak makan je. Atau nak tidur je kan. Pagi tadi aku plan nak masak tomyam campur tapi hujan pula, malas nak keluar ambil serai dan daun limau purut. Makanya, terjadi lah menu hari ini. Sepantas 15 minit sahaja guys. Jom tengok cara masakan.


Bahan bahan

  • Udang (20 ekor size sederhana)
  • Bawang merah (5 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Halia (2 inch)
  • Rempah kari daging (2 sudu)
  • Rempah kari ikan (2 sudu)
  • Santan kotak (1/2 kotak)
  • Asam keping (1 keping)
  • Tomato (1 biji belah 4)
  • Cili hijau (1 batang)

Cara cara

  1. Blend halia, bawang putih dan bawang merah. 
  2. Bancuh rempah kari daging dan ikan dengan 1 cawan air. Gaul sebati. Ketepikan dulu.
  3. Tumis bahan blend sehingga naik bau. Masukkan rempah yang dibancuh dengan air tadi. Masak sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan asam keping. 
  5. Masukkan santan dan air 1 cawan. Kalau rasa nak cair, tambah 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih. 
  6. Masukkan udang, tomato dan cili hijau. Biar sehingga udang masak.
  7. Perasakan dengan garam/ajinomoto/gula jika.
  8. Siap.




Popular posts from this blog

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili