Assalamualaikum. Hujan dari pagi, pukul 1pm baru berhenti. Sejuk je cuaca hari ni. Kalau ikutkan bila cuaca macam ini, kita akan rasa nak makan je. Atau nak tidur je kan. Pagi tadi aku plan nak masak tomyam campur tapi hujan pula, malas nak keluar ambil serai dan daun limau purut. Makanya, terjadi lah menu hari ini. Sepantas 15 minit sahaja guys. Jom tengok cara masakan. Bahan bahan Udang (20 ekor size sederhana) Bawang merah (5 biji) Bawang putih (3 ulas) Halia (2 inch) Rempah kari daging (2 sudu) Rempah kari ikan (2 sudu) Santan kotak (1/2 kotak) Asam keping (1 keping) Tomato (1 biji belah 4) Cili hijau (1 batang) Cara cara Blend halia, bawang putih dan bawang merah. Bancuh rempah kari daging dan ikan dengan 1 cawan air. Gaul sebati. Ketepikan dulu. Tumis bahan blend sehingga naik bau. Masukkan rempah yang dibancuh dengan air tadi. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping. Masukkan santan dan air 1 cawan. Kalau rasa nak cair, tambah 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih. Mas
Yang ini ratah cicah dengan air asam or sambal belacan pun dah cukup sedap. Bahan bahan Serai (2 batang) Halia (sebesar ibu jari) Bawang putih (2 ulas) Cili padi (4-5 tangkai) Lala (1 kilo) Cara cara Ketuk halia, serai dan bawang putih. Cili pun kau ketuk jelah senang. Masukkan semua dalam air yang dah bubuh lala. Bubuh la air secukupnya sampai tenggelam lala. Tambah garam dalam 3 sudu ke kan. Masak sampai lala terbuka mempamirkan diri dia di sebalik hijab cengkerang. Siap. Ok bye.
Ini menu orang malas masak. Kikihkih. Bahan bahan Ikan kembung (3 ekor) Bawang besar (1 1/2 biji) Cili merah (2-3 tangkai) Cara cara Goreng ikan kembung sampai garing. Ketepikan. Kurangkan sikit minyak menggoreng tadi. Masukkan bawang besar hiris dan cili. Masak sampai naik bau. Kemudian masukkan ikan kembung balik. Gaul gaul sebati. Siap. Ok bye. Baru teringat nak ambil gambar time makan. Makan dengan kicap sikit. Fuh!