Spegatti Carbonara
Hari ni malas sungguh aku nak masak. Nasi pun tak terasa nak makan. So aku baru teringat sos carbonara prego aku beli dah nak sebulan tak masak pun lagi. So hari ni jadilah kau carbonara.
Bahan bahan
Bawang merah (2 ulas)
Bawang putih (8 ulas)
Bawang besar (1 biji)
Hotdog (2 ketul)
Ayam (3-4 ketul) part ayam ni aku bubuh ayam seketul gitu. Sebab takde part isi sahaja. Pun boleh lah
Sos prego (1 tin)
Carrot (1 batang)
Spegatti (ikut berapa org makan)
Cara cara
Part spegatti-
Didihkan air. Masukkan garam dan minyak sikit. Tujuannya taknak spegatti melekat dan garam tu untuk bagi spegatti kau yang tawar tu ada rasa sikit. Bila air mendidih masukkan spegatti. Biar 10-15 minit sampai lembut.
Part kuah carbonara-
Hiris bawang semua tu kecil kecil. Potong hotdog kecil kecil jugak.
Masukkan sikit minyak dan masak ayam serta hotdog dulu. Tutup periuk bagi ayam cepat masak.
Then masukkan hirisan bawang semua tu. Masak sampai naik bau.
Then tambah secawan air. Masukkan carrot. Then masukkan sos prego tu.
Biar masak seketika. Perasakan dengan garam.
Siap.
Bye.
Notakakikuda : aku tak bubuh cili padi or lada hitam sebab anak aku pun makan. Kesian dia pedas nanti. So kau bubuh la cili kalau nak pedas okai.