Sagu gula melaka
Salam 2020
Hari ni aku nak share cara masak sagu gula melaka ye.
Bahan bahan
Untuk sagu
Sagu 1 cawan
Air masak 4 cawan
Sirap gula melaka
Gula melaka 1 ketul
Gula putih 4 sudu besar
Air masak 1-1 1/2 cawan ikut lah kepekatan
Susu cair
Cara cara
Okay guys. Rendam kejap biji sagu dalam 15 minit pun okay je then masak atas dapur ikut nisbah 1:4 ye guys.
Masak sampai sagu kau dah kembang and lutsinar.
Then toskan bawah air paip untuk buang kanji dia.
Masukkan dalam acuan or bekas bertutup then simpan dalam peti ais
Untuk kuah gula melaka tu, kau masak semua bahan- bahan dia atas api sampai mendidih then sejukkan.
Simpan kuah gula melaka dalam peti ais
Nanti nak makan, campur semua sekali then letak ais ketul sikit fuh sedapp sangat.
Siap lah guys