Asam rebus ikan kembung

Salam semua

Baru ada peluang untuk update semula blog hari ni. Hari ni masak menu simple dan cepat iaitu asam rebus style utara. Ini menu family aku and ayah aku suka makan asam rebus ikan dengan nasi goreng telur. Mak aku akan masak kuah dia cair-cair umph sedapnya. Rindu pulak masakan mak ayah. Jom start tengok cara aku masak.

Bahan bahan

Ikan kembung 4-5 ekor
*Cili kering 8 batang
*Bawang putih 1-2 ulas
*Bawang merah 2 biji
*Belacan serbuk secubit
*Serbuk kunyit 1/2 sudu kecil
Bendi 
Air masak 3-4 cawan ikut suka kepekatan
Asam keping 4-5 keping ikut kesukaan rasa masam
Daun kesum 1 ikat
Bunga kantan 1 batang

Cara cara

  • Blend bahan bertanda * then tuang terus dalam periuk. Tambah 3-4 cawan air dan asam keping. Rebus sehingga mendidih. 
  • Selepas mendidih, masukkan ikan kembung, daun kesum, bunga kantan dan bendi. Rebus seketika sehingga ikan masak.
  • Perasakan dengan garam, gula atau kiub ikan bilis pon boleh.

Siap.



Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili