Sup kepala ikan merah


Salam 2020

Hari ni aku masak sup lagi. Sup kepala ikan merah ini request dari suami aku hari ni. Sebenarnya dalam seminggu memang akan ada 2-3 kali aku memasak menu sup ni, samada sup ayam, sup ikan atau sup daging. Ini memang pantas untuk mak-mak semua. Jom start. 

Bahan bahan

Kepala ikan merah 3 ketul
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inch
Sup bunjut adabi 1
Daun sup
Lada hitam hancur 1 sudu kecil
Tomato 1 biji

Cara cara

  • Hiris nipis bawang besar, putih dan halia. Tumis sampai kuning sikit then masukkan air 2-3 cawan. Masukkan sup bunjut dan biar mendidih.
  • Selepas mendidih tu masukkan kepala ikan dan tomato. Biar masak 2-3 minit
  • Masukkan daun sup dan perasakan dengan garam gula secukupnya. 
Siap



Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili