Stik cepat dan mudah

Salam 2020.

Hari ni nak share dengan korang menu western yang simple. Menggunakan 5 bahan sahaja, rasanya mantap setanding stik di hotel lah. Yang penting kena ikut step masakan yang aku share ni.

Bahan bahan

Daging import yang dah dipotong macam stik
Butter 2 sudu besar
Bawang putih 4-5 ulas
Garam
Serbuk lada hitam

Cara cara

Keluarkan daging frozen dan biarkan dalam suhu bilik. Ini step penting supaya daging tu tak keras.

Kemudian sejam sebelum nak masak tu perap dengan garam dan serbuk lada hitam.

Panaskan pan dengan api besar sehingga pan berasap.

Letakkan daging atas pan tu dan biar 3-4 minit. Slow ke api sederhana.

Terbalikkan daging. Letak butter dan bawang putih dihiris. Masak lagi 3-4 minit.

Siap. Angkat dan hidangkan dalam pinggan. Biarkan lagi 2 minit untuk rasanya lagi menyerap ke dalam daging.

Okay boleh makan dah.

Yang ini aku buat agak well-done la. Kalau medium rare kena kurangkan masa memasak ke 1 1/2 minit macam tu. Try and error ye.






Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili