Apam Nasi gebu gebas
Assalamualaikum guys.
Hari tu aku beli pengukus. Periuk atas dapur tu je. Mudah and praktikal kegunaannya. Tak perlu nak tekan button apa-apa, buka api dapur je, didih air dalam pengukus, hah kukus lah apa kau nak kukus.
Birthday Harith awal bulan 11 hari tu aku buatkan dia apam nasi as a birthday cake lah. Konon kelainan. Mudah juga buat apam rupanya. Selama ni aku ingat renyah lah sangat.
Jom tengok bahan-bahan dan cara buat apam nasi!
Bahan-bahan
- Nasi (2 cawan)
- Tepung beras (2 cawan)
- Tepung gandum (1 1/2 cawan)
- Gula (3/4 cawan)
- Daun pandan (4 helai) -blend ambil airnya 2 cawan
- Pewarna merah
- Yis mauripan (1 sudu)
- Minyak masak
Cara-cara
- Blend daun pandan dengan 2 1/2 cawan air.
- Guna air daun pandan tu dan blend nasi. Ketepikan dahulu.
- Ayak tepung gandum dan tepung beras dalam mangkuk. Masukkan yis sekali.
- Tuang nasi yang dah di blend tadi ke dalam mangkuk berisi tepung itu. Gaul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bekas. Titis warna merah ke dalam bekas pertama. Ikutlah nak berapa banyak warna apam tu kan. Aku buat 2 warna sahaja, merah dan putih.
- Perap selama 1 1/2 jam.
- Didihkan air dalam pengukus.
- Selepas dah 1 1/2 jam tu, ceduk adunan warna putih ke dalam loyang size 8 inch. Kemudian ceduk pula adunan warna merah. Ulang beberapa kali sampai hampir penuh loyang.
- Gunakan lidi dan buat lah corak apa-apa.
- Kukus selama 20-30 minit.
Siap.