Salad kentang simple

Assalamualaikum. 

Hari ini dah hari ke- 115 aku buat intermittent fasting. Total weight loss 15kg. Sekarang fasa maintainkan berat je. So aku masih perlu jaga makan dan kurangkan pengambilan makanan manis. Cheat day memang ada. Kadang ke laut tapi kembali semula ke daratan. Jangan cheat day lama-lama nanti kau craving semula nak makan banyak. 

So beberapa hari lepas aku buat salad untuk makan malam. Share dengan husband aku. Total weight loss husband aku setakat ni 5kg. Jauh lagi perjalanan dia, but dont worry..i will support you gituu. 

Jom tengok bahan and cara buat salad kentang ni.


Bahan bahan

Kentang (3 biji)

Tomato ceri (4 biji)

Daun salad hijau campur ungu (5-6 helai)

Ayamas chicken meatloft (2 keping)

Isi ayam panggang (1 ketul sebesar penumbuk)

Thousand island (2 sudu besar)

Mayonis (1 sudu besar)

Blackpepper (1 sudu kecil)


Cara cara

  1. Rebus kentang sehingga lembut. Toskan dan buang kulit. Potong dadu ikut size nak makan sekali suap dalam mulut tu. 
  2. Masak chicken meatloft sebentar. Potong kecil-kecil.
  3. Ayam panggang perap dengan kicap dan sos tiram. Bakar sebentar. Potong kecil-kecil.
  4. Dalam bekas besar, satukan semua bahan (daun salad/tomato/kentang rebus/ayam panggang/chicken meatloft). Masukkan sos thousand island, mayonis dan blackpepper. 
  5. Gaul sebati.
  6. Masukkan dalam peti ais setengah jam dan hidangkan.
Makan sejuk-sejuk salad ni memang sedap.




Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili