Lala masak lemak cili padi simple

Salam semua

Lala ni seafood favourite aku. Tak kisah la nak dibuat masakan apa sekalipun aku boleh bantai makan 1kg tu aku seorang je hadap okay. Masak lemak cili padi ni pula ada pelbagai cara masakan. Maklum lah style memasak yang berbeza mengikut negeri so bahan bahan yang digunakan juga berbeza. Aku tak kisah style negeri mana pun, yang penting sedap kat tekak aku dan paling penting tekak suami. Lets start..

Bahan bahan
Lala 1 kg
*kunyit hidup 2cm
*lengkuas 2cm
*bawang besar 1 biji
*cili padi 8 biji (nak lebih pedas tambah lagi)
*bawang putih 3 ulas
*halia 2cm
Asam jawa adabi 1/2 sudu kecil
Serai 1 batang
Daun kunyit 2 helai
Santan kotak 1
Air 2 cawan

Cara cara

Blend semua bahan bertanda *

Masukkan semua bahan blend tu ke dalam 2 cawan air dan biarkan mendidih

Bila dah mendidih, masukkan lala dan santan 1 kotak. Kacau sentiasa

Masukkan daun kunyit dihiris nipis

Perasakan dengan garam dan gula.

Siapppp. Senang sangat



Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili