Ayam Masak Kicap
Ini memang simple style bujang walaupun aku ni dah kahwin ada anak. Asalkan boleh makan dan sedap!
Bahan-bahan
Ayam (5-6 ketul)
Bawang besar (1 ulas)
Cili merah (2 batang)
Halia (panjang kuku ibujari)
Kicap (2 sudu besar)
Sos tiram (1 sudu besar)
Sos cili (1sudu besar)
Cara cara memasak
Goreng ayam (kau tahu kan nak goreng ayam pakai kunyit+garam) . Ketepikan.
Tumis bawang besar, cili merah, halia guna minyak goreng ayam tadi. Kalau rasa minyak banyak, buang sikit.
Masukkan sos tiram, kicap, sos cili. Tambah air. Biarkan mendidih.
Rasa. Kalau kuahnya dah okay, masukkan ayam. Biarkan seketika.
Ok siap la beb. Makan dengan nasi panas panas tu. Fehh.
Bye.