Begedil Kentang daging for baby
Sebenarnya ini untuk anak aku, tapi alang alang tu buat banyak lah sebab husband boleh tumpang sekaki melantak.
Bahan bahan
Kentang (4 biji)
Bawang goreng (2 sudu besar)
Daun sup (3 tangkai)
Telur (1 biji)
Daging (1 ketul)
Garam
Cara cara
Aku rebus kentang dulu then daging dalam air garam. Ada orang goreng kentang. Ikut lah mana suka.
Lenyekkan kentang. Gaulkan dengan daging+bawang goreng+daun sup.
Kemudian masukkan telur kuning shj. Gaulkan. Tujuan dia sebab nak bagi melekat bahan bahan tu.
Bentukkan begedil ikut bentuk kegemaran. Tapi biasanya orang buat bentuk bulat lah kan.
Celup dalam telur putih yang balance dari telur kuning yang dah masukkan dalam begedil tu.
Goreng. Make sure goreng biar garing dulu baru kau terbalik kan the other side. Kalau tak, berterabur kentang tu dalam minyak. Hilang bentuk pulak.
Siap. Makan begitu sahaja pun sedap.
Ok bye.
Bawah ni gambar begedil aku. Jangan kutuk. Asalkan sedap;-)