Ikan Siakap Masam Manis Simple
Bahan bahan
ikan siakap (sekor)
Bawang besar (1 biji)
Cili padi (3-4 tangkai)
Kicap manis (1 sudu besar)
Sos cili (2 sudu besar)
Sos tomato (2 sudu besar)
sos tiram (1 such besar)
Cara Cara
Goreng ikan siakap hingga garing. Ketepikan.
Mari buat sos. Mula mula tumis bawang besar dan cili hingga kekuningan.
Kemudian masukkan semua sos dan biarkan masak. Perasakan dengan garam/gula.
Masukkan ikan siakap. Biarkan seketika sehingga mendidih. Tutup api.
Siap.