Sup tulang simple
Bahan bahan
Sup bunjut (1)
*Bawang merah (3 ulas)
*Bawang putih (3 ulas)
*Halia (3-4 hiris)
Rempah sup (2 sudu besar)
daun sup (3 tangkai)
3 sekawan (bunga cengkih -2, buah pelaga -3, kulit kayu manis -1)
Daging+tulang (ikut banyak mana nak makan)
Bawang besar (1 biji)
Cili padi (3-4 tangkai)
Cara cara
Blend bahan bertanda * dan tumis bersama 3 sekawan sehingga naik bau.
Masukkan air sedikit dan masukkan rempah sup. Masak sampai pecah minyak.
Kemudian tambah 2 cawan air dan masukkan sup bunjut. Masukkan daging dan tulang. Masak sehingga empuk.
Apabila daging dah empuk, masukkan hirisan bawang besar, cili padi dan daun sup. Perasakan dengan garam dan gula.
Siap. Makan dengan nasi panas panas dan sambal belacan. Nyum!
ok bye.