Sayur campur

Bahan bahan

Sotong (2 ekor)
Brokoli (1/2 bunga)
Kacang panjang (3 tangkai)
Carrot (1 batang) yg pendek
Bawang merah (2 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Cili merah (1 tangkai)
Sos tiram (1 sudu besar)
kiub ayam (1/4 kiub kecil)

Cara cara

Tumis bawang merah + putih + cili merah sehingga naik bau.

Masukkan air sedikit. Masukkan sos tiram dan kiub ayam.

Kemudian campak sotong kau. Masuk sekali sayur kacang panjang and carrot. Biarkan masak crunchy2 gitu.

Kemudian masukkan brokoli. Biar seketika. Tak payah lama.

Siap.

Popular posts from this blog

Gulai udang utara

Lala Rebus Serai

Ikan kembung goreng bawang bercili