Tauhu jepun campak campak siap
Okay. Ini pasal cara masak tauhu jepun. Actually banyak cara. Tapi yang biasa aku buat, husband and anak aku suka makan ialah seperti di bawah. Jom tengok.
Bahan bahan
Tauhu jepun (2 bungkus)
tepung jagung (2 sudu kecil)
Bawang merah (2 ulas)
bawang putih (3 ulas)
Halia (1/2 inch)
Sos tiram (1 sudu besar)
Cara cara
Potong tauhu jepun kecil kecil. Dan gorengkan dalam api panas. Ingat, time potong tu jangan sampai hancur pulak tauhu jepun tu. Lembut sikit buat keje tu ye.
Angkat dan toskan apabila dah nampak masak kekuning kuningan.
Tumis segala bawang dan halia sehingga naik bau. Masukkan air sedikit. Kemudian tambah terus sos tiram dan tepung jagung. Tepung jagung tu kau campur dulu dengan air. Jangan masuk terus pulak dalam kuali. Berketul nanti padan muka.
Perasakan lah dengan garam/gula.
Btw kalau kau nak masukkan cili pun boleh tapi aku buat plain biasanya sebab anak aku boleh makan jugak.
Ok bye.