Kari Ayam
Bahan bahan
3 Sekawan (3 sekawan tu ialah buah pelaga -3, bunga cengkih-2 dan kulit kayu manis-1)
Daun kari (3 tangkai)
Rempah ayam/daging (2 sudu)
halia (sebesar kuku ibu jari)
Bawang merah (4 ulas)
Bawang putih (3 ulas)
Kentang (1 biji)
Ayam (5-6 ketul)
Santan (1/2 cawan)
Cara cara
Tumis 3 sekawan bersama bawang merah+putih+halia+daun kari sehingga naik bau.
Masukkan rempah ayam yang bercampur air. Kacau. Masak sehingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan kentang dan air. Masak sehingga mendidih.
Masukkan ayam. Masak seketika. Kemudian tuang santan.
Kacau dengan api sederhana okay.
Perasakan dengan garam dan gula.
Siap dah haa. Senang ke tak? senang kan.
Ok bye.