Sardin Roll
Bahan bahan
Sardin tin (1)
cili merah (2 tangkai)
Cili padi (5-6 tangkai)
Bawang merah (3-4 ulas)
Telur (2 biji)
Limau nipis (1 biji)
Roti gardenia
Cara cara
Masak sardin+bawang merah+cili merah+cili padi dalam periuk. Make sure potong lah dulu bawang/cili tu ye. Tak kan lah kau nak makan gedabak besar cenggitu. Ketepikan.
Roti pulak kau giling. Eh giling ek word dia? Kau nipiskan roti tu. Paham paham jelahh
Perah limau dalam sardin. then letak atas roti dan gulungkan.
Pecah telur dan pukul.
Rendam roti dalam telur then goreng dalam api panas. Sekejap je ye. Goreng sampai agak rangup. Siap lah.
Makannn. Ok bye.